Penduduk Bengang Duduk Kondo Ada Guard Tapi Aksesori Kereta Kena Curi – “CCTV Pula Rosak”

Benda dah banyak kali terjadi, mana tak marah.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @mehuhuhuu (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jika kita lihat fasiliti pada kawasan perumahan sekarang, banyak rumah yang sudah mempunyai pengawal keselamatan

Terutama jika anda tinggal di kondominium yang bukan hanya lengkap dengan fasiliti lain seperti kolam renang, gim, tetapi juga kawalan keselamatan yang lengkap.

Namun, bukan semua orang gembira dengan fasiliti yang diberikan pengurusan rumah mereka.

Baru-baru ini, seorang individu meluahkan rasa kecewa selepas barangan keretanya dicuri di kawasan kondominiumnya.

Dah tiga kali barangan kereta dicuri, pihak pengurusan pula tak nak bertanggungjawab

Menerusi perkongsian di akaun TikTok @mehuhuhuu, seorang wanita menunjukkan keadaan kereta milik suaminya di mana empat buah sport rim bersama brek kaliper yang telah dicuri.

Difahamkan, kejadian pertama berlaku pada bulan Disember 2024 tahun lalu. Malah, dia terpaksa menghadap kejadian yang sama berlaku buat kali kedua iaitu pada 13 April 2025.

Dalam kejadian kedua beberapa barangan enjin pula telah dicuri membuatkan dia meluahkan rasa kecewa terutama pada pihak pengurusan kondominium kerana tidak mengambil inisiatif termasuklah tiada pemasangan kamera litar tertutup.

Tidak hanya itu, kejadian ketiga memperlihatkan kereta tersebut turut dicuri pada bahagian dalam kenderaan. Pintu keretanya telah dikopek oleh suspek dan kerusi jenama mewah telah diambil. Malah, spoiler juga dikatakan telah dicuri.

Perkara ini membuatkan mangsa mempertikaikan keselamatan pada kondominium berkenaan kerana kad khas akses didakwa boleh boleh dimasuki sewenang-wenangnya oleh pencuri terbabit.

Mangsa juga mendakwa pihak pengurusan kondominium telah memberikan kepada mangsa CCTV yang sudah rosak.

"Pihak yang bertanggungjawab macam mahu lepas tangan dengan memberikan kami footage cctv yang rosak? Kemudian nak saman saya atas sebab saya membuat posting mendatangkan fitnah yang boleh menyebabkan value property di tempat ni turun? Masuk akal ke eh," jelasnya.

Lihat video di bawah:

@mehuhuhuu TOLONG VIRAL KAN KES NI! Kereta suami saya di parking di dalam basement apartment (guarded with access card) yg kami duduk sebab kereta ada kerosakan. Tetapi pihak yg bertanggungjawab mcm mahu lepas tgn dengan memberikan kami footage cctv yg rosak?! Kemudian nak saman saya atas sebab saya membuat posting mendatangkan fitnah yg boleh menyebabkan value property di tempat ni turun?! Masuk akal ke eh? Kami tak dipanggil untuk melihat footage cctv tersebut sebaliknya gmbr2 dia forwardkan daripada polis sahaja. Bukan dari pihak yg bertanggungjawab. 3 kali kes sejak bulan 12 2024. Ketiga-tiga kes kami buat report tapi takde tindakan yg munasabah. #fyp #kasiviral #fyp #fypage #fyppppppppppppppppppppppp #lancermalaysia #evo #mitsubishi #curikereta Tokyo Drift – Xavier Wulf

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: