Pendosa Bola Sepak: 6 Faktor Utama Harimau Malaysia Masih Tak Maju Dan Terkebelakang

Tiba masanya untuk kita sedar.

Enlarge text
Cover ImageCover image via ESPN FC

**PENDOSA BOLA SEPAK MALAYSIA: MASYARAKAT**

Kenapa saya cakap masyarakat merupakan pendosa terbesar? Cuba kita lihat di sekeliling kita. Apa yang kita lakukan selain daripada menyalahkan FAM(B)?

Kalau anda sedang melakukan sesuatu di kawasan tempat anda seperti melatih kanak-kanak kecil dan sebagainya, tahniah saya ucapkan. Sekurang-kurangnya, anda sedar akan tanggungjawab anda. Kalau anda hanya menyalak dan menunggu FAM(B) turun padang, anda dan FAM(B) tiada bezanya. Mungkin FAM(B) pun sedang menunggu AFC dan FIFA membantu mereka. Ajar kepada orang Malaysia macam mana mahu melakukan *grassroots development*. Sedih. Setiap lapisan sedang menunggu untuk dibantu. Dan anda terus menunggu dan menunggu dan menunggu dan menunggu.

**Pertama**, sebenarnya kita yang patut mulakan sesuatu. Ambil *coaching license*. *Basic* sahaja sudah mencukupi. Balik tempat anda, *develop* anak-anak kecil seawal 6 tahun. Bekerjasama dengan pihak sekolah dan ketua masyarakat. Ambil la upah sikit petang-petang ajar anak-anak setempat. Kalau sebab *passion*, benda kecil bukan halangan. Saya berani jamin, kalau semua daerah di Malaysia buat begini, kita akan dapat lihat perubahan dalam bola sepak Malaysia. Buat kejohanan berskala kecil. Dedahkan pemain dengan *game situation*. Thomas Muller sewaktu dia masuk skuad utama Bayern, dia dah ada banyak pengalaman bermain dengan skuad remaja Bayern. Itu membantu dia untuk tidak gugup sewaktu bermain *1st team* Bayern ketika usia muda. Ni main *tournament* sekali setahun wakil sekolah, lepas tu tersingkir *group stage*. Macam mana nak biasa dengan *game situation*? Hawau!

**Kedua**, buat *tournament simple* sahaja. *"Tournament makan kos banyak, bang. Takde duit nak buat. Tiada sponsor"*. Bangang! Guna otak di tahap maksimum. Mari sini saya nak ajar. Kita ni suka menyusahkan benda yang senang. Buat tournament yang tak perlu *offside*, hanya satu pengadil yang tahu *basic rules* dalam bola sepak. 7 vs 7 dah cukup. Lagi banyak pemain dapat bola, lagi bagus. Ni nak buat *tournament* yang ada pengadil 4 orang pakai baju hitam ada lambang FIFA dalam poket ada kad merah kuning, tengah hari makan nasi ayam, jemput orang kenamaan karpet merah. Kos banyak habis kat benda yang tak perlu. Rugi! Kau jemput je mak bapak *join*. Mak bapak mana tak suka anak main? Mesti mereka akan *volunteer* nak jadi ref, nak masak bihun, buat air dan sebagainya. Silap hari bulan dapat sponsor RM5K. Tak bulat biji mata kau? Kalau tiada sumbangan wang Ringgit, sumbangan tenaga sudah dikira bagus. Kalau dua-dua tak ada, ada orang sumbang doa pun dah cantik. Kalau semua tak ada, kau suruh mak bapak situ tengok bola kat Astro jela. Buang masa. Sampah! Kalau bola sepak Malaysia tak maju dan mereka menyalak lebih, kau tunjuk *post* aku ni. Biar mereka sentap dan sedar. Tak guna jaga hati kalau *output* takde.

Image via Wan Gerrard

Image via beritaharian.sg

*Artikel ini merupakan tulisan dan sumbangan daripada* ***[Data Bola](https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1800267913524185&set=a.1774025889481721.1073741829.100006229812193&type=3)*** *dan diterbit semula oleh SAYS atas keizinan.*

**Ketiga**, tahu tak *development stage* dalam bola sepak? Mari saya kongsikan secebis ilmu saya yang memang secubit ini. Dari usia 6-13 tahun, pemain perlu diajar teknik. Bukan taktik! Ajar mereka cara menanduk bola dengan betul, cara *pass*, cara *dribble*, cara *shooting* dan macam-macam teknik lain. Sebab mereka masih muda dan senang dibentuk. Jangan buang masa nak ajar pemain umur 25 tahun teknik tendang bola. Buang masa. Mereka dah keras. *Under pressure*, mereka akan tendang ke mana telur mereka mengadap.

Berbalik kepada cerita tadi, kanak-kanak dalam lingkungan 6-13 tahun, kita hanya mahu mereka *develop* teknik. Jangan tekankan mereka dengan *result*. Asyik nak menang. Asyik nak menang. Itu menyebabkan mereka tertekan dan tak berani mencuba. Biarkan mereka bermain. Cuma pastikan teknik mereka betul. Kalau *winger* suka *dribble*, jangan marah kalau dia *attempt dribble* dan tak berjaya. Ajar dia. Tunjuk video Ronaldinho, Ryan Giggs, Ronaldo Gemuk. Nanti mereka akan cuba buat dan tiru. Ni umur 8 tahun sibuk nak suruh menang Piala Menteri Macam-macam Nama. Bila dah besar, Piala Dunia pun tak pergi, main bola pun tak pandai.

Taktik diajar bila mereka dah besar. Umur 14 dah boleh ajar taktik. Macam mana nak main *half space*, macam mana nak tarik *defense* keluar dari *flat four* dan sebagainya. Ni kita sibuk dengan Wenger's Ball, Cotenaccio, dan Diego's Wall. Kita semua ni sebenarnya taksub dengan taktik. Cuba kita bayangkan, kita sibuk ajar budak-budak taktik, tapi teknik kelaut. Baru nak *start counter attack*, tahan bola melantun, lawan dapat *reorganize defensive structure*. *Counter attack* kejadahnya macam tu?

Image via Dunia Sukan

**Keempat**, kita sangat suka *shortcut*. Tahu virus *shortcut*? Macam itulah kita. Nak anak kita dapat main bola terus. Sibuk hubungi orang kenamaan dan minta anak kita direkomen masuk dalam team. Kalau anak kita tu ada bakat, boleh la dibagi peluang. Ni datang *training* pakai seluar Hawaii, *warm up* pun nak tak nak, nak letak di bangku simpanan pun belum tentu dapat. Tak ada *attitude*. Hanya mengharapkan jalan pintas. Mungkin mereka dan ibu bapa mereka tidak baca cerita Ronaldo dan Messi. Belum lagi dikira ibu bapa yang mahu anak mereka berada dalam pasukan utama sahaja. Kalau semua orang nak jadi pemain utama, siapa nak teman *coach* kat *bench*? Fikir panjang sikit. Semua pemain ada peranan masing-masing. Masa akan menentukan. Tanya Solskjaer dan Chicarito apa peranan mereka di Manchester United.

Image via 101 Great Goals

*Pool* pemain kita kecil. Safiq Rahim *retired* pun satu negara riuh cari pengganti. Letak la Guardiola jadi coach, negara kita paling kuat pun mampu menang Sukan SEA je. Kita boleh ke Piala Dunia. Dengan tiket tuan rumah. Tu pun tuan rumah bersama negara mana entah. Hampeh! Malaysia bukan ada masalah jurulatih. Masalahnya ialah kita tiada *option*. Kalau tukar jurulatih pun, seorang dua sahaja pemain yang bertukar. Yang lain sama je. Terima la kenyataan. *Pool* pemain kita paling teramat sangat kecil sekali. Tengok pasukan utama Sepanyol dan Jerman. Selepas *first eleven*, mereka mampu buat satu lagi skuad yang lebih kurang sahaja hebatnya menggunakan pemain lain. Mereka ada *depth*. Negara kita? Yang *first eleven* lawan San Marino entah lepas atau tidak. Yang *second team* tak payah nak cerita la.

**Lagi satu**, suka salahkan pengadil. Yang ni bagi saya benda paling bodoh pernah dibuat seorang peminat bola. Normal kalau tak bersetuju dengan keputusan pengadil tapi jangan la kau kecam dia sampai anak bini dia pun terlibat. Nak keluar rumah pun takut. Kontroversi ni la yang menyebabkan bola sepak menarik. Kalau *perfect*, tak seronok. Kawan tu silap bagi gol sebiji yang nampak tak nampak. *Angle* dia dalam *match* lain. *Angle* kita sebagai penonton di stadium dan tv pun lain. Kau henjut dia macam dia songlap duit negara. Ingat senang ke nak jadi *referee*? Biasa negeri yang banyak *complaint* ni, negeri dia tak ada *referee* yang mantap pun. Sebab tu tahu nak *argue* je. Tak percaya? Tengok la negeri masing-masing. Tahu ke *referee* pun ada ranking? Ada 90 minit satu *match* untuk tentukan nasib kita, keputusan yang 30 saat tu jugak kau nak bising. Tak tau apa lagi kata nista yang patut aku ungkapkan.

Setakat itu sahaja saya mampu kongsi. Ingat! Masyarakat kita sedang sakit. Jadilah antara orang yang mengubahnya bukan sebahagian darinya. Jadilah minyak wangi disebalik timbunan sampah.

Sumber: **[Data Bola](https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1800267913524185&set=a.1774025889481721.1073741829.100006229812193&type=3)**

Image via Reuters

Image via Sinar Harian

Image via Wanista

**Terakhir**, jangan sibuk nak salahkan orang lain. Cuba letak kita sebagai yang bersalah. Cuba anda semua jadi jurulatih Malaysia, anda rasa Malaysia akan jadi lagi baik ke?

**TIDAK!**

LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Bila agaknya bola sepak negara akan bangkit?

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: