Jangan Jadi Agen Syaitan – Lelaki Ini Tegur Penggiat Seni Agar Tidak Hasilkan Drama Sampah
"Aku tengok sebagai hobi je, suka-suka, bukan aku buat pun"
Cover image via SAYSKalau anda perhatikan, bermacam-macam jenis drama yang disiarkan di kaca televisyen pada masa kini. Selain itu, filem-filem Malaysia juga kebanyakannya merupakan kisah dan cerita yang diadaptasi dari novel-novel terkenal tanah air.
Bercakap mengenai novel, semestinya novel kisah cinta menjadi pilihan penggiat-penggiat seni tanah air untuk diadaptasikan menjadi sebuah drama dan filem. Antaranya seperti **Ombak Rindu, Pilot Cafe,** dan yang sangat hit baru-baru ini iaitu **Suri Hati Mr Pilot**. Boleh dikatakan filem-filem dan drama ini mendapat sambutan hebat dari orang ramai. Apatah lagi, hero dan heroin yang melakonkan watak-watak tersebut adalah pelakon-pelakon terkenal tanah air.
Mungkin dari pandangan anda, ia adalah sebuah filem dan drama yang sangat menarik kerana penuh dengan konflik hubungan suami isteri dan keluarga. Namun tidak bagi seorang netizen ini iaitu [Dr Syahr Musafir](https://www.facebook.com/syahr.musafirzawawi/posts/10153860704980736).
Menurutnya, menerusi drama tersebut maksiat dan dosa diperlihatkan sebagai indah, menggembirakan, mendapat cinta sejati dan digambarkan sebagai biasa, bukan dosa besar
Image via umikasum.blogspot.com
Image via www.drama4u.net
Image via mamuvies.blogspot.my
Beliau berpesan kepada penggiat seni agar mengubah cara mereka berfikir dalam menghasilkan sesebuah drama dan filem. Jangan jadi agen syaitan yang merosakkan manusia dan masyarakat.
Kredit: [Syahr Musafir](https://www.facebook.com/syahr.musafirzawawi/posts/10153860704980736).


