Pendaki Sesat Lagi, Seorang Wanita Hilang 44 Jam Di Gunung Irau Telah Ditemui
Seorang wanita yang menyertai pendakian di Gunung Irau hilang pada jam 5.30 petang, Sabtu lalu.
Cover image via utusan.com.myPada Sabtu lepas, seorang wanita yang menyertai pendakian di Gunung Irau telah dilaporkan sesat dari trek dan hilang di dalam hutan
Image via SAYS
Menurut khabar, wanita yang dikenali dengan nama **Nor Fatin Sulaiman**, 29 tahun, ini telah mengikuti ekpedisi gunung bersama **47 orang** pendaki yang lain. Dikatakan, mereka dibahagikan kepada lima kumpulan yang berbeza. Nor Fatin pula berada bersama kumpulan lima dan dia dipercayai telah hilang sewaktu menuruni gunung itu.
"Mangsa disedari hilang oleh ahli kumpulannya ketika separuh perjalanan turun dari check point"
Image via Astro Awani
Berikut adalah video berita tentang kehilangan Nor Fatin kelmarin, lalu SAR diumumkan.
Akhirnya, Pasukan Mencari dan Menyelamat telah menjumpai mangsa berdekatan dengan anak sungai
Pada pukul **2.15 petang** tadi telah disahkan bahawa mangsa yang hilang iaitu Nor Fatin telah pun dijumpai di sebatang anak sungai. **Deputi Superintendan Hasadid A**, selaku Ketua Polis Daerah Cameron Highlands berkata **"Mangsa telah dijumpai oleh salah satu pasukan SAR di sebatang anak sungai dan operasi mengeluarkan mangsa sedang dijalankan"**.
**"Usaha untuk mengeluarkan mangsa mengambil masa selama satu jam setengah untuk membawanya ke pos kawalan di Hutan Mossy,"** tambahnya lagi.
Namun tiada seberang kecederaan dijumpai pada badan mangsa, tetapi mangsa kelihatan lemah dan tidak berdaya setelah sesat di dalam hutan selama 44 jam.

