Pencipta Lagu ‘Everything You Want’, Vertical Horizon Bakal Kembali Ke Malaysia Mei Ini
Konsert ini akan berlangsung pada 22 Mei di Zepp Kuala Lumpur.
Cover image via Hitman Solutions (Disediakan kepada SAYS)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Peminat muzik alternative rock bakal disajikan dengan sebuah persembahan istimewa apabila band rock terkenal dari Amerika Syarikat, Vertical Horizon
Dianjurkan oleh Hitman Solutions, konsert ini dijangkakan menjadi sesuatu yang tidak dapat dilupakan, dipenuhi dengan muzik rock melodik yang penuh nostalgia, mengimbau era akhir 90-an dan awal 2000-an.
Konsert ini akan berlangsung pada 22 Mei di Zepp Kuala Lumpur dan menjanjikan persembahan bertenaga yang dipenuhi lagu-lagu kegemaran peminat serta karya klasik yang digemari ramai. Ia memberi peluang kepada penonton untuk menghidupkan kembali era akhir tahun 90-an dan awal 2000-an selepas kali terakhir mereka adakan persembahan di Malaysia pada 2014.
Dikenali menerusi lagu-lagu seperti "Everything You Want", "You're a God", dan "Best I Ever Had (Grey Sky Morning)", Vertical Horizon meraih populariti antarabangsa pada penghujung 1990-an dan awal 2000-an menerusi album multi-platinum mereka, "Everything You Want".
Lagu utama album tersebut, "Everything You Want", menjadi antara lagu yang paling kerap dimainkan di radio pada tahun 2000 dan kekal sebagai lagu ikonik bagi era tersebut.

Tiket konsert boleh dibeli mulai 26 Mac ini
Tiket akan mula dijual pada 26 Mac, jam 12 tengah hari di www.hitmanlive.com. Persembahan ini menawarkan empat kategori tiket, dengan harga bermula dari RM199 hingga RM309.
Rohit Rampal, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Hitman Group, berkongsi pandangannya, "Vertical Horizon pernah membuat persembahan di Malaysia pada tahun 2014, dan kami berbesar hati untuk menjadi penganjur konsert yang membawa mereka kembali ke pentas Malaysia pada tahun ini. Di Hitman Group, kami sentiasa berusaha membawa pelbagai bakat dari serata dunia dan menyediakan pengalaman antarabangsa yang setanding dengan nama besar mereka."
Vertical Horizon diketuai oleh vokalis dan gitaris Matt Scannell, bersama John Wesley sebagai gitaris dan vokal latar, Ron LaVella sebagai pemain dram, serta Mark Pacificar sebagai pemain bass dan vokal latar.
Muzik mereka terus merentasi generasi pendengar, dan mereka merupakan antara kumpulan paling digemari dalam landskap alternative rock pada era peralihan milenium.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



