Pencipta Ejen Ali, WAU Animation Kolaborasi Bersama Hilal Asyraf Umum Projek Animasi Nirnama

Tak sabar dengan projek ni!

Enlarge text
Cover ImageCover image via @thewaufactor (Threads)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Syarikat animasi yang menghasilkan Ejen Ali, WAU Animation secara rasmi mengumumkan sebuah projek animasi kolaborasi bersama pengkarya novel, Hilal Asyraf untuk adaptasi Novel Nirnama

Syarikat animasi tempatan itu berkongsi perkara itu di laman sosialnya memaklumkan rasa bersyukur atas kepercayaan pengkarya novel tersebut, Hilal Asyraf untuk kolaborasi berkenaan.

"Hari ini, WAU secara rasminya menjalin kerjasama dengan Hilal Asyraf untuk menghasilkan adaptasi animasi Nirnama.

"Kepada Tuan Hilal, terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kami. Semoga semua usaha kita diberkati, insyallah." menurut hantaran itu.

SAYS.com
Image via Threads
SAYS.com
Image via Threads

Memberi penghargaan kepada yang sentiasa menyokong karya-karyanya terutamanya Nirnama

Menerusi pengkongsian Hilal di Threads, beliau memberikan penghargaan kepada mereka yang sentiasa menyokong karyanya ketika mengumumkan berita kolaborasi tersebut.

"Rasmi! Alhamdulillah. Animasi Adaptasi Nirnama. WAU Animation x Hilal Asyraf.

"Di kesempatan ini saya mahu ucapkan jutaan terima kasih atas sokongan rakan-rakan pembaca yang selama ini menyokong karya-karya saya, terutama Nirnama.

"Saya dengan rendah diri mohon doa semua agar urusan animasi adaptasi ini lancar dan berjaya," katanya.

Hilal turut merakamkan penghargaan kepada Usamah Zaid dan pihak WAU Animation atas kesudian untuk mengadaptasi karyanya ke layar animasi.

SAYS.com

Usamah Zaid dan Hilal Asyraf.

Image via Threads
SAYS.com
Image via Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik