Pencinta Buku? Lelaki Kongsi 5 Kedai Buku Paling Indah Dan ‘Insta-worthy’ Di Seoul, Korea

Onz tak onz?

Enlarge text
Logo

Dah jadi satu perkara wajib untuk mengambil gambar yang onz jika ke mana-mana

Nami Island, Korea Selatan.

Image via Eiida Khaleeda

Kalau dahulu, konsep mengambil gambar adalah sebagai kenang-kenangan, nampaknya zaman kini sudah berubah apabila orang ramai berlumba-lumba untuk berfoto adalah kerana untuk 'mencantikkan' media sosial mereka. 

Selain itu, muncul pula trend di mana orang ramai akan berlumba-lumba untuk melawat sesuatu tempat itu sekiranya ia adalah insta-worthy sahaja. Malah, ada juga beberapa kafe yang dicipta khas untuk golongan-golongan seperti ini. 

Bila sebut tentang perpustakaan atau kedai buku, automatik orang akan cakap ia tempat yang membosankan!

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Namun begitu, Tahukah anda bahawa di Seoul, Korea Selatan terdapat beberapa perpustakaan dan kedai buku yang cantik dan insta-worthy khas untuk mereka yang gila bergambar?

Lelaki dikenali sebagai Jamil D.Maia berkongsi di laman Facebook, Road to Korea mengenai 5 lokasi perpustakaan dan kedai buku yang best untuk dilawati ketika berada di Seoul beserta cara untuk ke sana.

"Ok, memandangkan kita dah bercakap tentang benda ni, sini saya nak kongsi beberapa perpustakaan/kedai buku yang insta-worthy (instagrammable) untuk korang pergi apabila berada di Seoul," tulisnya.

1. Starfield Gallery / Coex Mall

"Cara nak gi sini; sila amek Line 2 dan berhenti di Samseong (World Trade Centre) Station, kemudian Exit 5/6. Masuk la dalam COEX Mall dan akan jumpa la library ni dalam mall tersebut. Selain itu yang berdekatan sini korang bole gi SM Town dan juga Gangnam Style sculpture," tulisnya. 

Starfield Library / COEX Mall.

Image via Travel-Strained.com

Image via Lonely Planet

2. Book Park

"Cara nak gi sini; sila amek Line 6 dan berhenti di Hangangjin Station, kemudian Exit 2. Bookstore ni ngam-ngam dekat ngan exit tu. Selain itu berdekatan sini korang bole jalan-jalan disekitar Itaewon yang popular dengan restoran halalnya dan juga Seoul Central Mosque," tulisnya.

Book Park.

Image via Shout.SG

Image via Shout.SG

3. Arc.N.Book

"Cara nak gi sini; sila amek Line 2 dan berhenti di Euljiro 1-ga Station, kemudian Exit 1-1. Bookstore ni ngam-ngam lepas exit jalan je straight sampai jumpa mall belah kanan. Selain itu yang berdekatan sini korang bole gi Seoul Plaza, Deoksugung Palace dan juga Cheonggyecheon Stream," tulisnya. 

Arc.N.Book

Image via Pikdo

Image via Creatrip

4. Seoul Book Repository (Seoul Book Bogo)

"Cara nak gi sini; sila amek Line 2 dan berhenti di Jamsillaru Station, kemudian Exit 1. Selain itu yang berdekatan sini korang bole gi Lotte Tower, Lotte World Aquarium dan juga Olympic Park/World Peace Gate," tulisnya.

Ini juga merupakan lokasi penggambaran drama Hotel Del Luna.

Image via Pikdo

Seoul Book Bogo.

Image via Happy Monkey

5. Seoul Metropolitan Library

"Cara nak gi sini; sila amek Line 1/2 dan berhenti di City Hall Station, kemudian Exit 4/5. Selain itu berdekatan sini korang bole gi Deoksugung Palace, Gwanghwamun Square, Cheonggyecheon Stream dan Gyeongbokgung Palace. Serta kalo larat, bole jalan kaki ke Myeongdong," tulisnya. 

Seoul Metropolitan Library.

Image via Trippose

Image via Pinterest

Fuh! Dah boleh tambah kat itinerari kalau nak ke Seoul nanti.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

LIKE [Facebook]
(https://www.facebook.com/SAYSSeismik/?ref=aymt_homepage_panel) dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Anda rancang nak melawat Seoul?

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: