Penang Kini Diiktiraf National Geographic Sebagai Pulau Kedua Paling ‘Best’ Di Asia Tenggara
Nasi kandaq line cliaq.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
National Geographic telah menyenaraikan Pulau Pinang sebagai pulau kedua terbaik di Asia Tenggara antara lapan pulau yang disenaraikan
Menerusi sebuah senarai daripada National Geographic yang menunjukkan antara pulau terbaik di Asia Tenggara yang boleh dikunjungi, Pulau Pinang telah diletakkan di kedudukan kedua selepas Koh Chang, Thailand di tempat pertama.
Pulau yang disenarai selepas Penang ialah Cat Ba, Vietnam yang terkenal dengan aktiviti pengembaraan, Komodo, Indonesia destinasi terbaik melihat hidupan liar, Panay, Filipina yang terkenal dengan pelbagai festival, Isla Verde, Filipina untuk penggemar skuba, Pulau Jawa, Indonesia yang memiliki banyak kuil bersejarah dan akhir sekali Don Khong, Laos destinasi terbaik untuk berbasikal.
Menurut National Geographic, Pulau Pinang pula diletakkan sebagai destinasi terbaik untuk penggemar makanan.
Mendapat pengaruh daripada pedagang-pedagang Cina dan India dari masa lampau, kedua-dua komuniti ini meninggalkan kesan pada identiti masakan di Pulau Pinang di mana anda boleh menemui pelbagai street eats yang murah.

Gamabr sekadar hiasan.
Image via The Travel InternMemiliki hidangan diiktiraf bintang Michelin yang boleh didapatkan dengan harga berpatutan
National Geographic turut berkongsi lokasi yang boleh dikunjungi orang ramai bagi mendapatkan pelbagai makanan di Pulau Pinang.
"Bukan sahaja makanan street food, hidangan yang diiktiraf bintang Michelin yang boleh didapatkan dengan harga yang berbaloi turut mudah dijumpai.
"Beberapa restoran, seperti Auntie Gaik Lean's Old School Eatery yang mendapat bintang Michelin, menyediakan hidangan nasi ulam dengan hanya RM35.
"Pengunjung juga disaran melawat Kimberley Street Food Night Market, dianggap terbaik di Penang di mana mereka boleh nikmati sup koay teow dan itik kway chap," menurutnya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 