‘Bukan Hantu Lah’ – Penampakan Misteri Dalam Dewan Rakyat Akhirnya Terjawab
Penampakan misteri itu bukanlah seperti yang disangka-sangkakan.
Cover image via Blog khairulryezalSemalam, 17 Julai, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengetuai Ahli Parlimen mengangkat sumpah di hadapan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof
Turut berbuat demikian adalah senator-senator baru yang mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Negara.
Ketua Setiausaha Negara (KSN), Dr. Ali Hamsa telah menarik perhatian netizen dengan memuatnaik beberapa gambar dalam laman sosial Twitter peribadinya.
Di dalam gambar tersebut, netizen telah mempersoalkan satu penampakan 'misteri' di belakang Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF), P. Waytha Moorthy
Image via Facebook Tamizhar Media
Image via Facebook Tamizhar Media
Kecoh di laman media sosial Twitter tentang penampakan 'misteri' terbabit
Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter
Perkara ini walau bagaimanapun telah terlerai apabila pegawai KSN tampil kehadapan menjelaskan jawapan sebenar berkenaan siapakan individu 'misteri' tersebut
Image via Blog khairulryezal
Image via Blog khairulryezal
Image via Blog khairulryezal
Menurutnya, individu tersebut merupakan tetamu Pengerusi HINDRAF yang dilantik menjadi Menteri Perpaduan itu.
Waytha yang kecewa dengan penularan gambar terbabit menyifatkan tetamunya, Arunachalanandaji, sebagai kawan rapat dan saudara lelaki yang telah mendedikasikan sebahagian besar hidupnya untuk menyebarkan kedamaian dunia dan komuniti harmoni.
"Dia adalah abang saya yang telah meninggalkan hidupnya untuk perdamaian dunia dan hidup di atas gunung di India dalam pengasingan," katanya kepada Free Malaysia Today.
Persoalan sudah terjawab!
Image via Facebook Tamizhar Media

