“Penagih Atau Pedofilia Yang Buat” – Ibu Zayn Rayyan
Ibu mangsa, Ismanira diperintah mahkamah membela diri atas pertuduhan mengabaikan Zayn Rayyan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Ibu mangsa, Ismanira Abdul Manaf memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa penagih dadah atau pedofilia mampu lakukan jenayah terhadap Zayn Rayyan
Menerusi laporan Sinar Harian, Ismanira berkata demikian pada hari pertama perbicaraan bela diri atas tuduhan kes pengabaian dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal terhadap Zayn Rayyan di hadapan Hakim, Dr Syahliza Warnoh.
Ia dimaklumkan selepas wanita itu mendapat maklumat berkaitan kecederaan yang dialami mangsa daripada pihak polis.
Anak sulungnya itu didapati mengalami luka di kepala, lebam di mata, darah di hidung dan mulut pula dalam keadaan tidak tertudup rapat.
Tambah wanita itu, perut Zayn Rayyan juga kembung, kakinya kecut dan kulitnya bertukar menjadi putih dan mengeluarkan bau busuk.

Ismanira dan Zaim Ikhwan keluar dari pintu utama Kompleks Mahkamah Petaling Jaya selepas keputusan pertuduhan dibacakan.
Image via Fariz Rusadio/Kosmo!Nasib yang berbeza buat si bapa mangsa apabila mahkamah membebaskannya dari pertuduhan
Bapa kepada Zayn Rayyan, Zaim Ikhwan Zahari dibebaskan daripada pertuduhan selepas pihak pendakwaan didapati gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.
Isterinya, Ismanira pula diperintahkan mahkamah untuk membela diri atas pertuduhan berkenaan, di bawah seksyen terbabit.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum bawah Seksyen 31(1) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 