Pemuda Diminta PMX Buat Backflip Ketika Terima Anugerah Khas Belia Negara Raih Perhatian
Mungkin PMX memang nak tengok dia buat depan-depan.
Cover image via @farisazim__ (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Lebih 30,000 belia membanjiri Dataran Merdeka pada Sabtu bagi memeriahkan sambutan Hari Belia Negara 2025 yang berlangsung dengan penuh semangat
Program tiga hari yang bermula dari 13 hingga 15 Jun itu telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan dipenuhi pelbagai aktiviti melibatkan belia dari seluruh negara.
Hari Belia Negara yang disambut setiap tahun pada 15 Mei, terus menjadi platform penting untuk meraikan peranan dan suara generasi muda Malaysia.
Acara kemuncak majlis tersebut adalah penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Kebangsaan 2025.
Baru-baru ini seorang pemuda telah berkongsi momen ketika dia menerima salah satu anugerah dalam majlis berkenaan yang tidak dapat dilupakan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan Anugerah Kategori Khas Yb Menteri Belia dan Sukan kepada penerima, Faris Azim.
Image via MOHD ADZLAN/ Malaysia Gazette
Tarik balik trofi untuk lihat aksi backflip
Menerusi video di akaun TikTok @farisazim__, kelihatan pemuda bernama Faris Azim itu telah menerima Anugerah Khas Menteri Belia dan Sukan sebanyak RM10,000.
Namun, ketika dia mahu mengambilnya, perdana menteri telah menarik kembali trofinya untuk melihat sendiri salah satu aksi bebasnya iaitu backflip.
Dia juga berterima kasih dan bersyukur atas anugerah yang diterimanya dan memberitahu akan berusaha membanggakan nama Malaysia lebih lagi.
Difahamkan, dia merupakan penari gaya bebas yang terdiri daripada kumpulan popular Zeppo Youngsterz.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


