Pempengaruh Ashhry Hargai Jasa Barisan Hadapan, Raikan 500 Jururawat Di Restoran Ashhryshoshedap

Inisiatif tersebut merupakan cara beliau membalas jasa golongan jururawat yang telah berbakti selama puluhan tahun.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @ashhryyyyyy (Threads)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sempena sambutan Hari Jururawat Sedunia, pempengaruh dan usahawan popular, Ashhry Atan, menzahirkan penghargaan buat golongan "wira putih" menerusi majlis jamuan istimewa di premis miliknya, Restoran Ashhryshoshedap baru-baru ini

Lebih 500 jururawat dari pelbagai hospital sekitar Johor Bahru, termasuk Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI), dijamu dengan lebih 20 jenis hidangan Melayu dan aneka manisan secara percuma, melibatkan peruntukan melebihi RM10,000.

Menurut Ashhry, inisiatif tersebut merupakan cara beliau membalas jasa golongan jururawat yang telah berbakti selama puluhan tahun. Beliau mengakui mendapat inspirasi daripada ibunya, Hajah Hamida, serta abangnya yang juga usahawan terkenal, Anas Zahrin.

"Melihat senyuman lebar setiap jururawat usai menikmati hidangan memberi satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Chef kami sudah mula 'berperang' di dapur seawal jam 6 pagi demi memastikan kualiti makanan terbaik buat golongan mulia ini," ujar Ashhry dengan nada sebak.

SAYS.com
Image via @ashhryyyyyy (Threads)

Bakal lancar cawangan kedua restoran Ashhryshoshedap Jun depan

Restoran Ashhryshoshedap yang terletak di Nongchik Riverside kini merupakan antara destinasi makanan paling popular di Johor, malah pernah dinobatkan sebagai Johor The Best Restaurant 2025.

Kejayaan ini mendorong Ashhry untuk terus melebarkan sayap empayar perniagaannya dengan pembukaan cawangan kedua di R&F Johor Bahru yang dijadualkan pada Jun depan.

SAYS.com
Image via @ashhryyyyyy (Threads)

Restoran berkenaan cukup dikenali dengan menu tradisional dan moden yang unik, antaranya:

  • Menu Melayu: Asam Pedas Ikan Pari dan Daging Salai Masak Lemak.
  • Menu 'Killer': Creamy Butter Clam, Spaghetti Salted Egg, dan Ikan Talapia Goreng Rangup.
  • Pencuci Mulut: Dessert ikonik dengan nama unik, "Kura Kura Mencintaimu".

Meskipun sering berkongsi aktiviti kebajikan di media sosial, Ashhry menegaskan tiada niat untuk riak, sebaliknya mahu memberi contoh positif kepada masyarakat agar terus saling membantu antara satu sama lain.

SAYS.com
Image via @ashhryyyyyy (Threads)
SAYS.com
Image via @ashhryyyyyy (Threads)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik