Peminat Filem Aksi Tempatan Banjiri Absolut Bazaar Untuk Temui Para Pelakon Blood Brothers
Siri jelajah Blood Brothers akan diteruskan di beberapa lokasi lain sepanjang Ramadan, menawarkan lebih banyak kejutan buat peminat.
Cover image via Primeworks Studios - Film
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Blood Brothers, filem aksi arahan Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra yang bakal menemui penonton di pawagam bermula 10 April terus menghangatkan sambutan Ramadan dengan siri jelajah istimewa di bazar terpilih
Baru-baru ini, Absolut Bazaar yang berlangsung di Pusat Perdagangan dan Konvensyen Antarabangsa Malaysia (MITEC) menjadi lokasi ketiga selepas kejayaan di perhentian Bazar Ramadan Taman Tasik Permaisuri Cheras dan Bazar Ramadan Presint 14, Putrajaya.
Peminat filem aksi tempatan membanjiri Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya 2025 (ABXFGR25) untuk bertemu barisan pelakon utama seperti Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Shukri Yahaya, Amelia Henderson, Syazwan Zulkifly, Zamarul Hisham, Andy Teh, Amir Nadis, Tracie Sinidol dan Mikael Noah.
Image via Primeworks Studios – Film
Image via Primeworks Studios – Film
Suasana gamat dengan interaksi mesra, aktiviti menarik seperti permainan pentas dan persembahan daripada Muzza serta istimewa sedutan aksi mendebarkan daripada Blood Brothers yang menyaksikan keterujaan penonton.
Bintang utama, Sharnaaz berkata, semangat diberikan peminat terhadap Blood Brothers secara tak langsung membuatkan mereka gembira dan tak sabar untuk mempertontonkan naskhah itu.
"Kami sangat teruja melihat sokongan luar biasa terhadap Blood Brothers. Ini bukan sekadar filem aksi biasa, tetapi kisah yang padat dengan aksi dan emosi," katanya.
Skop Productions dengan kerjasama Primeworks Studios selaku pengedar dan rakan pemasaran tampil dengan filem Blood Brothers dengan menjanjikan pengalaman sinematik berbeza
Blood Brothers bakal membawa penonton menyelami kisah yang penuh intensiti dengan mengangkat tema kepercayaan, pengorbanan dan harga sebuah persaudaraan dalam dunia yang penuh tipu daya.
Dengan barisan pelakon mantap dan aksi berkualiti tinggi, Blood Brothers bersedia menjadi filem aksi tempatan paling dinantikan, tahun ini.
Siri jelajah Blood Brothers akan diteruskan di beberapa lokasi lain sepanjang Ramadan, menawarkan lebih banyak kejutan buat peminat.
Image via Primeworks Studios – Film
Sementara itu, Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya 2025 sudah membuka tirai di MITEC, Kuala Lumpur, sebagai festival perayaan terbesar tahun ini.
Dengan lebih 700 vendor dan sasaran dua juta pengunjung, acara ini menjanjikan pengalaman membeli-belah dan hiburan luar biasa.
Mini Absolut FoodFest turut menambah kemeriahan dengan lebih 80 vendor makanan dan minuman untuk berbuka serta sahur.
Festival ini juga dimeriahkan oleh kehadiran selebriti popular seperti Uqasha Senrose, Aprena Manrose, Awal Ashaari, De Fam, Nadeera Zainal, Hael Husaini, Johan Ghazali, Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Amelia Henderson, Ziana Zain, dan ramai lagi.
Tonton treler rasmi Blood Brothers: Bara Naga di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


