Pemilik Rumah Terkenal Di Tengah-Tengah Lebuh Raya Akhirnya Pindah Tak Tahan Bunyi Trafik

Difahamkan, pemilik rumah itu berkeras tidak mahu berpindah dan beri kebenaran merobohkan rumahnya.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Oddityt Central & Newsbreak
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pemilik rumah terkenal di China akhirnya meninggalkan kediamannya selepas tidak tahan dengan bunyi kenderaan yang lalu-lalang setiap hari

Menerusi laporan Sinar Harian, rumah yang digelar Eye of Jinxi itu menjadi tumpuan April lalu apabila sebuah lebuh raya telah dibina mengelilinginya.

Tidak seperti beberapa pemilik rumah lain yang menerima tawaran kerajaan wilayah untuk membeli hartanah, pemilik rumah terbabit, Huang Ping tetap berkeras tidak berpindah dan menolak tawaran berkenaan. Huang dilaporkan menerima tawaran pampasan berjumlah 1.6 juta yuan (RM1.04 juta).

Kesannya, kerajaan tetap memutuskan untuk membina jalan raya mengelilingi rumahnya menjadikannya kediaman itu terpencil di tengah-tengah lebuh raya.

Mula beroperasi April lalu, lebuh raya yang dibina tanpa penebat bunyi di sekeliling rumah itu memberi kesan ia dilihat tidak boleh lagi didiami.

SAYS.com
Image via Oddity CentralImage via

Kini menyewa sebuah rumah di bandar berdekatan sambil menunggu nasib rumah lama

Menurut Huang, dia bersama keluarganya akhirnya berpindah keluar daripada rumah itu akibat tidak tahan dengan bunyi trafik yang tiada penghujung.

Mereka sekeluarga kini menyewa sebuah rumah di bandar berhampiran dan masih belum dapat mengesahkan nasib rumah lama mereka.

Huang turut mendapat gelaran daripada penduduk setempat yang menggelarnya sebagai 'pemilik rumah paling keras kepala di China'.

Rumah itu telah menarik perhatian komuniti setempat di samping menjadi lokasi kunjungan ramai untuk bergambar kerana keunikannya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: