Pemilik Restoran Tak Sangka Pekerja Sorok Kod QR, Paksa Pelanggan Bayar Secara Tunai

Macam ini punya pekerja pun ada.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @missmyra96 (Threads)
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular di laman Threads mengenai seorang pemilik kedai makan berkongsi tentang perangai pekerjanya yang tidak jujur

Menerusi perkongsian daripada @missmyra96, dia meluahkan rasa kecewa selepas mendapati pekerjanya menyembunyikan kod QR untuk mengelakkan pelanggan membuat bayaran secara digital.

Difahamkan, salah seorang pelanggannya mendakwa ingin membuat bayaran menggunakan kod QR, namun pekerjanya memaklumkan tiada kemudahan tersebut dan meminta bayaran secara tunai.

Harga makanan sebenar ialah RM19, tapi pekerja memberitahu pelanggan untuk membayar RM21

"Saya pun pelik sebab sebelum ni ramai sahaja bayar guna kod QR. Tapi sejak kebelakangan ni, tiada sorang pun guna kod QR. Rupa-rupanya pekerja saya tak bagi, suruh bayar tunai sahaja," katanya.

Lebih mengejutkan, pelanggan tersebut kemudian memaklumkan telah membayar RM21 secara tunai untuk makanan berharga RM19, sekali gus menimbulkan tanda tanya terhadap kejujuran pekerja tersebut.

Susulan tularnya perkongsian itu, netizen turut memberikan pandangan masing-masing mengenainya

Lihat perkongsian itu di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: