[VIDEO] Geng Tarik Kereta Muncul Tiba-Tiba, Pemilik Kenderaan Nekad Rempuh & Loloskan Diri
Janganlah terus serang. Tanya elok-elok.
Cover image via SAYSBeberapa hari yang lalu, tersebar di media sosial video seorang pemandu Proton Saga yang nekad mengundurkan kereta dan merempuh kenderaan yang berada di belakangnya
Kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira jam 4.30 petang itu terjadi di sebuah kedai pendingin hawa di Rawang Mutiara, petang Khamis yang lalu. Geng tarik kereta dikatakan menghalang sebuah kereta Proton Saga FLX milik seorang lelaki yang sedang diselenggara.
Video berdurasi selama seminit yang dirakam salah seorang penarik kereta itu menyaksikan pemilik Proton Saga yang nekad mengundurkan kereta sehingga merempuh kereta Proton Wira milik penarik kereta berulang kali.
Malah, jelas kedengaran jeritan seorang perempuan dipercayai isteri kepada lelaki terbabit yang meminta lelaki berkenaan menghentikan tindakan itu.
Selepas beberapa kali merempuh kenderaan milik penarik kenderaan itu, kereta Proton Saga FLX itu berjaya meloloskan diri dari lokasi berkenaan.
Rempuhan tersebut menyebabkan kereta Proton Wira itu kemek pada bahagian hadapan dan tepi sebelah kiri.
Image via Facebook
Image via Facebook
Image via Facebook

