[VIDEO] Salah Seorang Bibik Aliff Syukri Telah Ditemui, Kantoi Pergi Jual Tudung Di KL

Tetapi masih tetap tak mengaku mencuri.

Enlarge text
Logo

Viral baru-baru ini di laman Facebook apabila usahawan terkenal, Dato' Aliff Syukri memuat naik beberapa video mendedahkan kes kecurian yang dilakukan oleh 3 orang pembantu rumahnya

Situasi dalam dua buah video berdurasi 11 minit 28 saat dan 8 minit 28 saat setiap satu itu tampak begitu tegang dan menurut Dato Aliff Syukri, salah seorang daripada mereka baru saja bekerja selama sebulan.

bibik pencuri dia ingat dia bini aku..saya dah bagi bermacam-macam kemudahan baju raya ,duit raya, duit belanja untuk anak2 dia siap belikan make up hias wajah. dia tak buat keja pun saya tak marah ini yg di balas dengan saya… nak vedio pasal maid mencuri ni boleh ke youtube canel: tvterlajaklaris sbb teralu panjang citer yee geram saya..

Posted by Aliff Syukri Terlajak Laris on Tuesday, 13 June 2017

Bagaimanapun, kemudiannya Dato' Aliff Syukri memuat naik satu lagi video. Kali ini mengenai penjelasan sebenar kes tersebut bersama seorang agen pembantu rumah yang dikenali sebagai Puan Era

Dalam video tersebut, beliau turut memohon maaf kerana menimbulkan kekecohan dan kerana bersikap kasar kepada pembantu rumahnya itu.

Lihat video di bawah:

ini penjelasan agen saya

Posted by Aliff Syukri Terlajak Laris on Wednesday, 14 June 2017

Igatkan segalanya telah selesai. Namun, semalam beliau telah memuat naik satu gambar di laman Facebook memberitahu ketiga-tiga pembantu rumahnya itu telah melarikan diri

Dalam laporan Harian Metro semalam, Dato' Aliff Syukri dikatakan sanggup beri ganjaran RM5,000 kepada sesiapa yang memberi maklumat sehingga tertangkapnya tiga pembantu rumahnya itu.

Ketika dihubungi beliau berkata, dia sangat kecewa dengan perbuatan dilakukan pembantu rumahnya itu menyebabkan wang tunai, barang kemas dan jam 'lesap' dalam kejadian di rumahnya Kampung Damai Kuang.

"Saya terpaksa bermalam di hotel kerana serik dengan kejadian ini. Telefon saya juga turut dicuri.

"Tidak sangka pembantu rumah warga Indonesia itu sanggup mencuri pelbagai barang walaupun saya dan isteri layan mereka dengan baik," katanya yang sudah membuat laporan polis semalam.

TERKINI: Baru saja tadi, Dato' Aliff Syukri merakam live video di FB miliknya. Seorang pembantunya yang melarikan diri telah ditemui

Pembantu rumahnya itu telah dijumpai oleh tiga individu di sebuah kedai menjual tudung.

Bagaimanapun, ketika ini beliau belum lagi memberi sebarang kenyataan mengenai perkara itu.

Tonton video tersebut di bawah:

full vedio bibik jahat ni boleh ke youtube tv terlajaklaris bibik telah di jumpai

Posted by Aliff Syukri Terlajak Laris on Monday, 19 June 2017

full vedio bibik jahat ni boleh ke youtube tv terlajaklaris bibik telah di jumpai

Posted by Aliff Syukri Terlajak Laris on Monday, 19 June 2017

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi video viral sebelum ini:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: