Pemandu Van Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Abai Dan Cuai Sebabkan Kematian Kanak-Kanak

30 April lalu, kanak-kanak lelaki berusia lima tahun, Yu Zie, ditemukan tidak sedarkan diri dalam van sekolah di Taman Bukit Indah, Johor Bahru.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Berita Harian & Blogspot
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang pemandu van mengaku tidak bersalah ke atas kes menyebabkan kematian seorang kanak-kanak bulan lalu sehingga dihadapkan tuduhan pengabaian dan kecuaian

Menerusi laporan Harian Metro, pemandu van berusia 57 tahun tersebut, Yau Chee Weng mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan diberikan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Mohamad Khalid Ab Karim.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 31 (1) akta sama, denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Proses pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Natasha Syed Ahmad manakala tertuduh diwakili peguam, Goh Toh Jen.

Image via Sinar Harian

Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM7,000 berserta syarat tambahan

Pihak pendakwaan sebelum ini memberi tawaran ikat jamin dengan jumlah RM15,000 serta syarat tambahan kepada tertuduh.

Bagaimanapun, Mahkamah kemudiannya memutuskan tertuduh boleh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin.

Ikat jamin ini adalah berserta syarat tambahan, pasport perlu diserahkan kepada mahkamah dan tidak boleh mengganggu atau berkomunikasi dengan saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Terdahulu, kanak-kanak lelaki berusia lima tahun, Yu Zie, telah ditemukan meninggal dunia selepas tertinggal di dalam van sekolah di Taman Bukit Indah selama lebih empat jam.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: