Pemandu Bas Dihukum Penjara 66 Tahun & 22 Sebatan, Mengaku Bersalah Amang Seksual 5 Pelajar

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu sejak tahun lalu dan kali terakhir pertengahan tahun ini.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Alias Abd Rani & PAJ
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang lelaki dikenakan hukuman penjara 66 tahun dan 22 sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Muar atas pertuduhan amang seksual fizikal terhadap lima pelajar perempuan sebuah sekolah di Batu Pahat

Menerusi laporan Berita Harian, Hakim Mohd Khairi Haron menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh, Sazali Sahlan, 53, yang berhadapan 11 pertuduhan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017.

Selepas mempertimbangkan pengakuan dan rayuan yang dibuat tertuduh selain hujahan pihak pendakwaan, mahkamah membuat keputusan menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan dua sebatan bagi setiap pertuduhan.

Bagaimanapun, mahkamah memutuskan kesemua hukuman penjara berjalan serentak tidak termasuk sebatan di mana tertuduh hanya perlu menjalani enam tahun penjara serta 22 sebatan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani sesi kaunseling sepanjang dalam tahanan serta pengawasan polis selama dua tahun sebaik selesai hukuman penjara.

SAYS.com
Image via NSTP/Alias Abd Rani

Tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap lima pelajar perempuan berusia 14 tahun

Perbuatan itu dilakukan di dalam bas yang diparkir di hadapan hentian bas Jalan Yong Peng-Muar, Yong Peng pada jam 6.45 petang antara hujung 2024 hingga pertengahan 2025.

Berdasarkan fakta kes, polis menerima laporan daripada pengadu yang juga mangsa mengenai kejadian amang seksual fizikal ketika menaiki bas dipandu tertuduh.

Siasatan polis mendapati, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu sejak tahun lalu dan kali terakhir pertengahan tahun ini. Kelima-lima mangsa jelas melihat perbuatan tertuduh ketika mereka pulang ke sekolah bersama-sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Diyana Najihah Muhamed Fauzi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Untuk rekod, Seksyen 14 (a) AKKSTKK) memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan bagi setiap pertuduhan dikenakan, jika sabit kesalahan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: