Pemancing Dari Terengganu Kini Bergelar Jutawan, Menangi Hadiah Utama RM1 Juta
Tahniah!
Cover image via FacebookFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang pemancing dari Terengganu muncul juara dalam pertandingan memancing dan bergelar jutawan merangkul hadiah utama RM1 juta
Menerusi laporan Harian Metro, pertandingan tersebut telah diadalan di kolam Titi Mega, Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar, semalam.
Pemenang hadiah utama tersebut, Mohamad Azhar Hamzah dinobatkan sebagai juara selepas berjaya menaikkan seekor ikan keli seberat 9.5 kilogram.
Dia berjaya menewaskan ribuan peserta lain di mana kira kira-kira 15,000 pemancing dari seluruh negara telah mengambil bahagian dalam pertandingan berkenaan.

Pemenang tempat kedua dan ketiga turut membawa pulang hadiah lumayan
Pemenang tempat kedua yang turut menjadi milik peserta dari Terengganu berjaya membawa pulang RM100,000 selepas menaikkan ikan seberat kira-kira 8.5 kilogram.
Sementara itu, pemenang tempat ketiga pula dimenangi peserta dari Selangor yang membawa pulang RM50,000 selepas berjaya menaikkan ikan seberat sekitar lapan kilogram.
Penganjur turut menyediakan hadiah saguhati RM500 dan RM440 untuk peserta yang menduduki sehingga tempat ke-700, menjadikan pertandingan itu terus menjadi buruan pemancing dari seluruh negara.
Difahamkan, setiap peserta dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM220 untuk mengambil bahagian dalam pertandingan terbabit.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



