Pemaju Disaran Kurangkan Parkir Projek Perumahan Yang Berdekatan Kemudahan Awam
Difahamkan, saranan itu khusus untuk projek baharu yang menyasarkan golongan muda.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pemaju perumahan dicadang mengurangkan bilangan tempat letak kenderaan bagi projek baharu yang dibangunkan berhampiran dengan stesen pengangkutan awam
Menerusi laporan Bernama, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata cadangan itu telah disampaikan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Perkara ini adalah disebabkan syarat minimum satu atau dua petak parkir bagi setiap unit kediaman menjadi antara faktor peningkatan harga sesebuah kediaman.
"Kalau projek berdekatan dengan stesen pengangkutan awam seperti LRT atau MRT, mungkin boleh dikurangkan keperluan tempat letak kereta untuk menggalakkan penghuni menggunakan pengangkutan awam," katanya.

Menyasarkan golongan muda yang tinggal berdekatan stesen
Menurut Loke, beberapa projek berorientasikan transit (TOD) di Kuala Lumpur telah dibenarkan memohon kelonggaran syarat parkir daripada pihak berkuasa tempatan.
Bagaimanapun, beliau berkata saranan itu khusus untuk projek baharu dan menyasarkan golongan muda yang tinggal berdekatan dengan rangkaian rel bandar.
"Sekiranya duduk dekat dengan stesen pengangkutan awam, mungkin keperluan untuk memiliki kereta itu lebih rendah, sekali gus dapat menjimatkan kos kehidupan mereka," katanya.
Loke menambah langkah itu juga dapat menggalakkan peralihan jangka panjang kepada gaya hidup yang lebih bergantung pada pengangkutan awam.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 