Pemain Sepak Takraw Negara, Syahir Rosdi Kini Diiktiraf Sebagai Tekong Terbaik Dunia
Power!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tekong utama negara, Syahir Rosdi mendapat pengiktirafan 'The Best Tekong In The World' oleh Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF)
Penganugerahan itu diumumkan menerusi sebuah Sijil Kecemerlangan Antarabangsa Terbilang dikeluarkan kepada Syahir meraikan dan menghargai pencapaian luar biasanya di pentas antarabangsa.
Menerusi kenyataan yang diberikan ISTAF melalui sijil tersebut, penghargaan itu diberikan susulan prestasi yang dipamerkan oleh Syahir terutamanya dalam tiga kejohanan utama iaitu Piala Dunia 2024, Piala Asia 2025 dan Sukan SEA 2025.
"Melalui penguasaan teknik elit, kecerdasan taktikal, ketahanan mental dan kecemerlangan kompetitif, beliau secara konsisten beraksi di tahap tertinggi sepak takraw antarabangsa," menurut kenyataan itu.

Tekong utama negara, Syahir Rosdi.
Image via BernamaMedia sukan Thailand akui kemampuan Syahir sebagai Tekong yang berwibawa
Media sukan Thailand sendiri dikatakan mengakui kehebatan Syahir dan mengangkatnya sebagai salah seorang tekong terbaik di dunia ketika ini.
"Keupayaannya untuk sentiasa mewakili Malaysia dengan penuh kecemerlangan di samping berupaya menandingi serta mencabar pemain elit terbaik Thailand telah melayakkan beliau menerima pengiktirafan antarabangsa ini.
"Khususnya, pujian daripada media sukan Thailand telah mengesahkan kedudukannya sebagai salah seorang tekong terbaik dunia.
"Pengiktirafan berprestij ini dianugerahkan sebagai penghormatan terhadap sumbangan cemerlang dalam sepak takraw antarabangsa, komitmen terhadap kecemerlangan serta integriti kesukanan, peranan dalam meningkatkan martabat sepak takraw Malaysia di peringkat global," kata kenyataan itu.
Lihat kenyataan penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 