Pemain Ragbi Muslim Kini Wajib Pakai Legging Atau Tight Panjang – Kesatuan Ragbi Malaysia
Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan (National 7s) bakal berlangsung pada 25 hingga 27 Julai ini.
Cover image via Malaysia Rugby (Facebook)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) kini mewajibkan pemakaian legging atau seluar tight panjang bagi pemain yang beragama Islam dalam kejohanan National 7s
Menerusi hantaran kesatuan itu di laman Facebook mereka, pematuhan ini melibatkan kedua-kedua peserta lelaki dan wanita yang beragama Islam.
"Semua pemain lelaki dan wanita yang BERAGAMA ISLAM yang bakal beraksi di kejohanan National 7s diwajibkan untuk memakai legging atau tight panjang.
"Pematuhan ini adalah sebagai usaha pihak penganjur menggalakkan pematuhan syariah selaras dengan nilai dan budaya setempat," tulisnya.

Mendapat reaksi dan sambutan positif dalam kalangan peminat ragbi tempatan
Menerusi tinjauan di bahagian komen, rata-ratanya menyambut baik inisiatif daripada kesatuan sukan itu.
"Bagus penganjur. Pemain muslim, tutuplah aurat ye walau kejohanan lain. Hidup bersyariat, Allah rahmat," kata Cikgu Sfadzil.
Terdapatjuga komen yang mencadang pematuhan tersebut turut perlu terpakai ke atas pengadil juga.
"Alhamdulillah, bukan pemain je, pengadil pun sama sepatutnya, macam baru-baru ni, pemain yang terdiri daripada pelajar sekolah semua elok pakai legging patuh syariah, tapi pengadil?" komen Siti Hannah.
Kejohanan National 7s 2025 bakal disertai 41 pasukan dimana 12 daripadanya dalam kategori Terbuka Lelaki, tujuh pasukan Terbuka Wanita, 12 penyertaan Lelaki Bawah 21 Tahun dan 10 pasukan untuk Wanita Bawah 21 Tahun.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



