Pemain Esports Thailand Kantoi Menipu, Disingkir Dari Acara Sukan SEA 2025
Untuk rekod, acara Esports mula dipertandingkan di Sukan SEA pada tahun 2019.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang pemain e-sukan wanita Thailand disingkirkan daripada Sukan SEA di Bangkok selepas didapati menipu ketika beraksi dalam perlawanan Arena of Valor
Perkara ini sekali gus menyebabkan keseluruhan pasukan tuan rumah itu terpaksa menarik diri daripada acara terbabit.
Menerusi laporan Berita Harian, Persekutuan E-Sukan Thailand (TESF) memaklumkan pemain berkenaan, Warasin Naphat, melakukan kesalahan dengan menggunakan perisian pihak ketiga yang tidak dibenarkan atau pengubahsuaian perkakasan ketika Perlawanan 1 semalam.
Perkara itu didedahkan menerusi sepucuk surat daripada delegasi Sukan SEA yang dikeluarkan oleh TESF, turut memaklumkan siasatan lanjut menemui bukti kukuh.
Kesannya, ia telah membawa kepada hukuman individu berupa pengusiran sepenuhnya Warasin daripada semua pertandingan e-sukan di Sukan SEA.

TESF mohon maaf dan tidak berkompromi ke atas individu yang boleh mencemarkan imej
TESF dalam satu hantaran di Facebook pada Selasa menyatakan pihaknya menerima keputusan penganjur untuk menyingkirkan Warasin dan seterusnya mengumumkan penarikan diri keseluruhan pasukan daripada Sukan SEA.
"Mohon maaf atas kesilapan yang dilakukan pasukan kami. Saya dan seluruh pasukan benar-benar menyesal.
"Kami cintakan sukan ini dan tidak akan membiarkan apa-apa, tidak kira siapa yang melakukannya, mencemarkan imej sukan kami," kata Presiden TESF, Santi Lothong, dalam satu kenyataan rakaman.
Acara E-sukan mula dipertandingkan di Sukan SEA pada tahun 2019 dengan edisi kali ini mempertandingkan empat kategori membabitkan FC Online, Mobile Legends: Bang Bang, Free Fire dan Arena of Valor.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 