Pelukis Mural Tempatan Kecewa Hasil Seninya Yang Menutup Contengan Vandalisme Dipadam DBKL
Lukisan muralnya telah dicat semula dengan warna kelabu dan kosong.
Cover image via Cloakwork (Instagram)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pelukis mural, Cloakwork baru-baru ini meluahkan rasa kecewanya apabila mendapati lukisan muralnya telah dipadam
Pelukis tersebut bertindak membuat lukisan mural di sebuah binaan di perhentian bas yang dilihat penuh dengan contengan vandalisme.
Pemadaman lukisannya yang diubah kepada cat berwarna kelabu menimbulkan kekecewaan setelah usahanya itu untuk kembali memberi wajah baru kepada kawasan tersebut menjadi sia-sia.
Menerusi hantarannya di Instagram dia mempersoalkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengapa hasil kerjanya itu dipadam.
Lukisan mural yang dihasilkan Cloakwork bukan sekadar lukisan graffiti biasa, ia merupakan usahanya bagi menghidupkan kembali suasana di kawasan-kawasan terbiar seperti itu
Kawasan-kawasan tersebut selalunya melibatkan perhentian bas yang mempunyai binaan sebuah kedai kecil pernah menjadi tempat golongan kurang berkemampuan mencari punca mata pencarian sendiri.
Namun begitu, setelah bertahun-tahun berlalu, kawasan itu ditinggalkan kosong dan dibiarkan tanpa ada pembaharuan sehingga menyebabkan ia dipenuhi dengan contengan vandalisme dan sampah sarap.
Image via @cloakwork (Instagram)
Cloakwork bertindak memanfaatkan kemahirannya sebagai artis mural mengubah wajah kawasan terbiar menjadi lebih hidup
Di penghujung tahun 2024, dia mula membuat lukisan mural pada binaan-binaan berkenaan memberi wajah baru dan memastikan ia tidak lagi menyakitkan mata orang ramai.
Sehinggalah pada awal bulan Mac ini, dia mendapati lukisannya telah dipadam dan dicat semula dengan warna kosong merencatkan semula suasana kawasan terbabit.
Image via @cloakwork (Instagram)
Image via @cloakwork (Instagram)
Bukan sekadar untuk kepuasan sendiri, Cloakwork membawa visi melukis mural di serata dunia bagi membawa keceriaan kepada komuniti
Bercakap kepada SAYS, dia berkata apa yang dilakukannya itu bukan sahaja untuk dirinya malah untuk komuniti dengan memberi wajah baru kepada kawasan sekitar.
"Moto hidup saya ialah 'Give and Take'. Selepas menyiapkan sesebuah projek yang ditugaskan, saya sentiasa menggunakan sedikit dana yang ada dan lebihan cat untuk memberi kembali kepada masyarakat dengan menjadikan kawasan sekitar lebih ceria dan berwarna-warni.
"Ia dapat membawa sedikit kegembiraan kepada orang ramai dan memberi inspirasi kepada pelukis-pelukis muda untuk mengejar impian mereka," katanya.
Tambahnya yang berkata pada hari ini, 13 Mac, pihak DBKL masih lagi belum memberi respons terhadap persoalannya kepada organisasi itu.
Lihat antara hasil kerjanya di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik

