Pelik Kenapa Selalu Sakit Perut Nak ‘Membuang’ Bila Masuk Kedai Eco? Ini Penjelasan Doktor

Korang pun pernah ke jadi macam ini?

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, seorang doktor di TikTok tampil memberikan penjelasan tentang mengapa ramai yang tiba-tiba sakit perut dan ingin membuang air besar setiap kali masuk ke kedai Eco dan Daiso

Menerusi video yang dimuat naik oleh @dr.raihana.ismail, simptom sakit perut secara tiba-tiba apabila masuk ke kedai seperti Eco-Shop atau Daiso sebenarnya adalah perkara yang normal.

"Ada penjelasan sains di sebaliknya. Nama benda ni adalah Mariko Aoki Phenomenon. Istilah ni asal dari Jepun yang pertama kali disebut dalam sebuah majalah pada tahun 1985 oleh seorang wanita bernama Mariko Aoki.

"Dia perasan setiap kali masuk kedai buku, dia akan rasa nak berak secara tiba-tiba. Lama-lama, ramai orang lain mengaku benda sama dan fenomena ni pun mula dikenali dengan nama dia," katanya.

Bau kertas, plastik dan barang murah boleh trigger usus di perut

"Kedai Eco dan Daiso banyak barang baru. Plastik, buku, kertas. Bau spesifik ni boleh trigger reaksi dalam usus. Scented trigger ni akan aktifkan sistem saraf parasimpatetik yang kawal pergerakan usus.

"Suasana tenang, sunyi dan sejuk buat badan relaks. Bila badan relaks, sistem penghadaman pun aktif. Perut pun mula berbisik, sama macam kita duduk rumah tak ada gangguan.

"Ketiga, psikologi dan rutin otak. Kalau badan dah pernah terlatih nak berak dalam suasana kedai macam ni, otak akan trigger automatik setiap kali jejak kaki dalam kedai tu," jelasnya lagi.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Healin Malaysia

Lihat video penuh di bawah:

@dr.raihana.ismail

Asal nak shopping je, terkepit-kepit rasa nak membuang… Ada tak yang macamni ? Jom belajar kenapa . Komen 'oo baru tau' kalau anda suka info ni. #efferty #drraihanaismailofficial

original sound – DR. Raihana Ismail | Efferty – DR. Raihana Ismail | Efferty

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: