Pelancong Malaysia Kini Boleh Travel Ke China Tanpa Visa Sehingga 90 Hari
Jom travel ke China!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Berita baik buat rakyat Malaysia yang ingin melancong ke China! Tidak lama lagi, anda boleh menikmati kemasukan tanpa visa ke China bagi tempoh kumulatif tinggal sehingga 90 hari
Menurut laporan Sinar Harian, ia mendapat persetujuan sebaik sahaja kedua-dua negara melengkapkan prosedur domestik yang diperlukan di bawah Perjanjian Pengecualian Visa Bersama.
Kedutaan China di Malaysia memaklumkan bahawa perjanjian itu akan berkuat kuasa selama lima tahun dan akan dilanjutkan secara automatik untuk tempoh lima tahun berikutnya.
Difahamkan, perjanjian tersebut telah ditetapkan tempoh maksimum kumulatif tinggal tanpa visa bagi warganegara satu daripada pihak yang menandatangani perjanjian di wilayah pihak, manakala satu lagi adalah tidak melebihi 90 hari dalam mana-mana tempoh 180 hari.
"Bagi warganegara asing yang memasuki China di bawah dasar pengecualian visa, jumlah hari mereka tinggal di China tidak boleh melebihi 90 hari dalam tempoh 180 hari sebelum mana-mana tarikh," katanya.
Image via Moodie Davitt Report
Walau bagaimanapun, kemasukan tanpa visa tidak akan diberikan kepada mana-mana warga asing yang telah tinggal selama 90 hari dalam tempoh 180 hari
Tempoh 90 hari itu juga tidak termasuk hari yang diluangkan di China dengan menggunakan visa, permit kediaman, dokumen visa lain atau Kad Perjalanan Perniagaan APEC.
Sekiranya seseorang individu belum mencapai had 90 hari tetapi mempunyai baki kurang daripada 30 hari, tempoh kemasukan tanpa visa bagi kemasukan berikutnya akan dihadkan kepada baki hari yang tinggal.
"Warganegara China yang datang ke Malaysia juga akan mengikut cara yang sama. Kami yakin perjanjian ini akan menggalakkan lagi pertukaran antara rakyat, memperkukuh persefahaman bersama dan memperdalam kerjasama pelbagai sektor antara kedua-dua negara dan rakyat apabila ia mula berkuat kuasa," katanya lagi.
Sebagai rekod, perjanjian untuk melanjutkan pengecualian visa antara China dan Malaysia itu telah ditandatangani semasa lawatan negara Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia April lalu.
Image via Malay Mail
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via