Pelancong Mahu Ke Thailand Diminta Berwaspada Dengan Laman Web Kad Ketibaan Digital Palsu
Penipu cuba mengenakan bayaran untuk perkhidmatan kerajaan percuma.
Cover image via Bangkok Post (Gambar sekadar hiasan)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pihak berkuasa Thailand berjaya mengesan sebuah laman web palsu mirip portal rasmi Kad Ketibaan Digital Thailand (TDAC)
Menurut laporan Bangkok Post, laman web palsu itu mendakwa platform itu penyedia perkhidmatan pihak rasmi ketiga dan meminta pengguna membayar yuran pemprosesan sebanyak US$10 yang sebenarnya adalah percuma.
Seperti yang dimaklumkan baru-baru ini, pelancong yang ingin memasuki thailand perlu menggunakan sistem TDAC ini menggantikan kad ketibaan TM6 kertas yang digunakan oleh pengembara untuk mengisi.
Ia diperlukan untuk semua warga asing yang memasuki Thailand melalui udara, laut atau darat dan berkuat kuasa pada 1 Mei.
Timbulkan kebimbangan terhadap keselamatan data dan peribadi pengguna
Kewujudan laman web palsu ini sekali gus telah menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan data peribadi pengguna, termasuk nombor pasport dan butiran kad kredit.
Malah, laman web itu menggunakan reka bentuk, logo, dan nama domain yang hampir menyerupai portal rasmi untuk mengelirukan pengguna.
"Kami ingin menegaskan bahawa tiada sebarang caj dikenakan untuk menggunakan perkhidmatan TDAC rasmi," kata seorang jurucakap Imigresen Thailand dalam satu kenyataan.
Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya memeriksa URL laman web rasmi, yang diakhiri dengan domain ".go.th".
Pelancong boleh mengisi butiran mereka di laman web rasmi TDAC, selepas itu mereka akan menerima e-mel yang boleh mereka tunjukkan semasa ketibaan di negara ini.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


