Pelancong Kongsi Di KLIA2 Sebenarnya Ada ‘Hall Wayang’ Boleh Tengok Movie Free!

Siapa yang flight dia selalu delay tu cari tempat ni!

Enlarge text
Cover Image
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa sangka, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA 2) ada sebuah lokasi khas untuk menonton filem macam di pawagam!

Menerusi sebuah video perkongsian seorang pelancong asing yang datang ke Malaysia, @diamondviih berkongsi bagaimana dia menemui sebuah ruang menunggu membolehkan orang ramai berehat sambil menonton filem.

Menerusi video yang dikongsi di Instagram itu, ruang tersebut lengkap dengan tempat duduk seperti di pawagam di samping kerusi urut turut disediakan.

Apa yang menarik adalah, penggunaan ruang ini adalah percuma sesuai untuk sesiapa yang sedang menunggu penerbangan mereka untuk berlepas!

SAYS.com
Image via @diamondviih (Instagram)
SAYS.com
Image via @diamondviih (Instagram)

Tayangan filem adalah berbeza setiap hari

Dalam hantaran itu, wanita itu turut berkongsi arah untuk pergi ke lokasi tersebut.

"Pergi ke tingkat bawah iaitu di kawasan berlepas, berjalan ke arah pintu masuk P dan cari kedai Victoria's Secret.

"Tempat ini hampir di hadapan kedai tersebut, belok sahaja ke kanan dan anda akan jumpa 'pawagam' ini.

"Filem akan bertukar setiap hari dan tempat duduknya sangat selesa," tulisnya pada kapsyen.

Lihat video tersebut di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik