Pelancong Kini Wajib Isi Digital Arrival Card 3 Hari Sebelum Masuk Ke Thailand Mulai 1 Mei
Thailand Digital Arrival Card (TDAC) bertujuan memudahkan proses di kaunter imigresen.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Biro Imigresen Thailand akan melancarkan sistem Thailand Digital Arrival Card (TDAC) bermula pada 1 Mei 2025 menggantikan borang kertas untuk pelancong
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok @imm2gether, semua pelancong wajib menyerahkan maklumat ketibaan mereka secara elektronik sebelum memasuki negara itu sama ada melalui udara, darat atau laut.
Difahamkan, TDAC adalah sebahagian daripada transformasi digital yang lebih luas bagi prosedur imigresen kerajaan yang ditadbir oleh Biro Imigresen Thailand.
Ia bertujuan untuk menyelaraskan pemprosesan sempadan, mengurangkan kertas kerja serta memudahkan para pelancong. Borang elektronik itu mesti dilengkapkan tiga hari sebelum ketibaan.
Image via @imm2gether (TikTok)
TDAC adalah wajib bagi semua pemegang pasport asing termasuk pelancong, business traveler dan penduduk tetap
Pengecualian hanya dikenakan kepada pelancong yang transit atau berpindah melalui Thailand tanpa melalui kawalan imigresen dan kepada mereka yang masuk menggunakan Pas Sempadan.
Pelancong boleh menyerahkan TDAC secara individu atau sebagai sebahagian daripada kumpulan melalui portal. Maklumat boleh dikemas kini pada bila-bila masa sebelum perjalanan. Butiran yang diperlukan termasuk maklumat pasport, butiran peribadi dan perjalanan, penginapan di Thailand dan maklumat asas kesihatan.
Image via @imm2gether (TikTok)
Bagi mereka yang tidak dapat melengkapkan TDAC sebelum ketibaan dan tidak mempunyai akses internet pada pintu masuk akan dibantu di pusat bantuan yang terletak di pusat pemeriksaan imigresen.
Walau bagaimanapun, semua pelancong digalakkan untuk melengkapkan TDAC dalam talian lebih awal untuk mengelakkan kelewatan dan mengurangkan kesesakan di pintu masuk.
Untuk melengkapkan borang, pelancong perlu melawati laman web rasmi Biro Imigresen:
https://tdac.immigration.go.th/
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via