10 Jam Pergi ‘Open House’, Warga Iraq Ini Jatuh Cinta Dengan Budaya Rakyat Malaysia
"Melayan orang asing dengan baik, sikap toleransi yang tinggi dan saling menghormati meskipun berbilang bangsa, mesra dan ramah – inilah yang telah saya temui di Malaysia," ujar Ahmed.
Cover image via thevocket.comKisah yang dipaparkan di laman The Vocket ini telah dikongsikan oleh seorang pelajar perubatan di HUKM, Ahmad Wazir Aiman bin Mohd Abd Wahab.
Bulan Syawal lalu, Wazir membuat keputusan untuk membawa dua orang pelancong adik-beradik dari Iraq untuk merasai sendiri budaya open house.
Image via thevocket.com
Ahmed, pelancong tersebut yang juga merupakan pelajar perubatan di Basra College di Iraq telah menulis entry yang ingin beliau kongsikan, iaitu pengalaman beliau sepanjang meraikan perayaan di Malaysia
Image via thevocket.com
"Wazir mengajak saya dan adik mengikutnya ke satu majlis keraian yang dikatakan sesuatu yang lazim di negara ini di sepanjang bulan Syawal – open house raya, sesuatu yang agak asing bagi kami."
Image via thevocket.com
"Beribu batu jauh dari kampung halaman sendiri tapi satu persamaan yang nyata – Islam, dan itu cukup untuk kami rasa seperti satu keluarga."
Image via thevocket.com
"Saya sangat sukakan tradisi ini, dan saya harap kami juga ada sambutan seperti ini di Timur Tengah sebab ia benar-benar memaparkan nilai-nilai Islam dalam menjalin ukhuwah dan silaturrahim."
Image via thevocket.com
Selain budaya open house dan bersalam-salaman, Ahmed juga sangat teruja dengan segala jenis makanan tradisional yang dihidangkan seperti nasi impit dan rendang. Menurut Ahmed, semuanya sedap-sedap belaka!
Image via thevocket.com
"Sewaktu kami mahu bergerak tinggalkan rumah pertama, kami diberikan satu sampul surat yang buat saya terpegun sejenak."
"Wazir memberitahu sampul surat itu berisi duit. Memang menakjubkan, dapat rasa makanan yang sedap dan dapat duit juga?" soal Ahmed.
Ahmed juga agak kagum melihat nilai cinta rakyat Malaysia terhadap haiwan, terutamanya kucing yang disifatkannya tidak begitu dekat dengan penduduk di Iraq
"Dan dengan melihat budaya di negara ini dengan lebih dekat, tak dapat saya bayangkan kunjungan ini merupakan sesuatu yang sangat menarik dan berbekas di hati saya, meskipun ia hanya sekadar dalam sehari, lebih tepat lagi selama 10 jam," ujar Ahmed menamatkan perkongsiannya.
Image via thevocket.com


