Pelancong Di Langkawi Melonjak Naik, Tempahan Hotel Kini Capai Lebih 90 Peratus
Langkawi kini jadi destinasi alternatif percutian susulan Hatyai, Thailand terjejas teruk akibat banjir besar.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kadar penginapan hotel di Pulau Langkawi kini mencapai lebih 90 peratus buat kali pertama tahun ini menjelang musim cuti sekolah dan perayaan Krismas minggu depan
Menerusi laporan Berita Harian, lonjakan ketara itu dipercayai disebabkan ribuan pelancong memilih Langkawi sebagai destinasi alternatif percutian susulan Hatyai, Thailand terjejas teruk akibat banjir besar.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Wan Kamarul Faisal Wan Kamardin berkata industri pelancongan Langkawi kini bersedia menerima peningkatan mendadak ketibaan pengunjung dalam tempoh dua minggu terakhir bulan ini.
"Berdasarkan maklumat, kadar tempahan hotel di Pantai Cenang dan Pantai Tengah, selain beberapa hotel sekitar pekan Kuah sudah mencecah lebih 90 peratus.
"Justeru, kita sasar 400,000 pelancong berkunjung ke pulau ini bulan ini," katanya.

Jangkaan peningkatan pelancong yang realistik
Menurut Wan Kamarul Faisal, unjuran itu realistik kerana bulan Disember merupakan musim kemuncak percutian selain program 'Langkawi Special Deals' yang menawarkan diskaun sehingga 70 peratus.
"Pertambahan ketibaan pelancong bulan ini dijangka membantu memastikan sasaran 3.5 juta pelancong ke Langkawi tahun ini tercapai.
"Sehingga 30 November lalu, Langkawi mencatatkan 2.75 juta ketibaan pelancong," katanya.
Tambahnya, penganjuran acara besar seperti Half Marathon Antarabangsa Langkawi 2025 turut menyumbang kepada peningkatan dengan 20,000 peserta dan ahli keluarga hadir ke pulau itu, tiga hari lalu.
Mengulas penganjuran LITE yang memasuki edisi ketiga, Wan Kamarul Faisal berkata program tiga hari itu mempertemukan 60 pembeli dari China, India, Taiwan dan Brunei dengan 100 penjual mewakili 50 syarikat pelancongan dari Langkawi.
"Perwakilan dibawa melihat secara dekat landskap Geopark Global UNESCO Langkawi, selain pendedahan kepada pelbagai hospitaliti daripada penginapan mewah kepada produk pelancongan berasaskan komuniti," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 