Pelajar Universiti Kantoi Rekod Video Wanita, ‘Fetish’ Dengan Ibu Mengandung
Kejadian difahamkan berlaku ketika wanita itu membeli belah di pasar raya baru-baru ini.
Cover image via Erny Nuryassmien (Facebook)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang wanita bersama keluarganya berjaya mengesan seorang lelaki awal 20-an merakamnya dari belakang
Menerusi pendedahan Erny Nuryassmien di Facebook, kejadian itu berlaku selepas wanita tersebut perasan seorang lelaki muda mengekorinya dari belakang ketika sedang membeli-belah di sebuah pasar raya.
"Perasan budak ni ikut lagi sambil phone tegak merakam. Mungkin kebetulan masuk sekali. Bila ke bahagian lain, perasan budak ni ikut sambil merakam, telefon tegak, ke bahagian lain pun sama, obvious sangat.
"Rupanya ada beberapa video saya siap zoom belakang saya dan beberapa video perempuan mengandung yang lain, berpurdah pun ada, taste memang dengan orang mengandung.
"Si pelaku pun sudah diserah ke polis, kami sendiri buat report. Selepas disoal siasat, baru 20 tahun, budak universiti sini. Katanya suka buat stock puaskan nafsu, dah lama buat kerja macamni katanya," tulisnya.
Image via Facebook
Kes dimaklumkan akan dibawa kepada pihak universiti lelaki terbabit untuk tindakan tatatertib
Tambah wanita tersebut, walaupun dia sememangnya berniat untuk memastikan lelaki berkenaan didakwa atas kesalahan melakukan gangguan seksual, dia mendakwa laporan yang dilakukan ditarik semula selepas mendapat nasihat polis.
Walau bagaimanapun, dia akan terus membawa kes berkenaan kepada pihak universiti lelaki terbabit.
"Untuk makluman, saya tak nak pun report ni ditarik, sebab saya risau benda ni dah memang jadi kebiasaannya.
"Lepasni dia berani meraba pula. Tapi polis kata ni bukan kes jenayah sebab tiada sentuhan, hanya merakam.
"Tapi saya akan ke universiti si pelaku terbabit untuk tindakan tatatertib," katanya.
Image via Facebook
Wanita tersebut menyeru para wanita untuk terus berani menyuarakan dan mempertahankan hak sebagai wanita
Dalam sebuah hantarannya yang lain melibatkan kes terbabit, wanita itu berkongsi ada beberapa pihak memintanya memadam hantaran tersebut.
Namun begitu, dia tetap dengan prinsipnya untuk terus memberi kesedaran kepada orang ramai tentang isu ini yang boleh terkena kepada sesiapa sahaja.
Menurutnya, apa yang dilakukannya adalah mewakili wanita-wanita di luar sana untuk berani menyuarakan hak dan mempertahankan diri mereka dari gangguan seksual.
Dalam perkembangan terbaru, dia memberitahu pihaknya telah pergi ke balai polis dan memaklumkan laporan polis terhadap kes berkenaan masih ada.
Image via Facebook
Lihat hantaran penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


