“Kaya Kejap Hari Ini!” – Pelajar UiTM Luah Rasa Terharu Dapat Cashback RM55

Syukur, alhamdullilah.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Universiti Teknologi MARA (UiTM) & SAYS Seismik
Logo

Tular di media sosial hari ini, apabila Universiti Teknologi MARA (UiTM) sekali lagi trending di Twitter

Kali ini, difahamkan UiTM memulangkan semula bayaran yuran perkhidmatan sebanyak 15% kepada para pelajarnya.

Menerusi ciapan yang dibuat oleh MPP UiTM KAG, Mesyuarat Majlis Eksekutif Universiti (MEU) Bil 23/2020 bersetuju memberi pengurangan secara one-off sebanyak RM55 (lebih kurang 15% yuran perkhidmatan) kepada semua pelajar sepenuh masa UiTM yang bertaraf ijazah sarjana muda dan ke bawah dan berstatus aktif pada 31 Mac 2020.

Berikut di bawah adalah ciapan penuh yang dibuat oleh MPP UiTM KAG:

Image via Google

Bayaran one-off sebanyak RM55 telah pun diterima oleh para pelajar hari ini

Jabatan Pengurusan Kewangan Pelajar (JPKP) di bawah Unit Kewangan Zon 16 telah memproses bayaran pemulangan itu kepada pelajar yang terlibat untuk keseluruhan sistem universiti.

Oleh itu, pelajar yang telah menjelaskan yuran pengajian pada Sesi 2 2019/2020 (20202), mereka akan dikreditkan bayaran pemulangan itu pada 3 September 2020.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Dalam pada itu, tinjauan di Twitter pula mendapati rata-rata pelajar meluahkan rasa syukur dan terharu dengan bayaran berkenaan

Ternyata ramai pelajar yang menyambut gembira dengan berita tersebut, malah turut mengucapkan terima kasih kepada UiTM kerana memulangkan semula bayaran itu ketika ramai yang memerlukan duit ketika ini.

Antara komen daripada para pelajar UiTM di Twitter:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel berkaitan UiTM hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: