Pelajar Sekolah Antarabangsa IDRISSI Bergading Bahu Jayakan Pameran Bertemakan ‘Laluan Sutera’

Hampir 80 peratus daripada struktur dan bahan gerai dihasilkan menggunakan bahan kitar semula.

Enlarge text
Cover ImageCover image via IDRISSI School
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Suasana di Sekolah Antarabangsa IDRISSI Bukit Jelutong berubah menjadi sebuah pasar interaktif global yang meriah apabila para pelajarnya berjaya menghidupkan semula kegemilangan tamadun purba melalui pameran bertajuk "Silk Road Secrets: Trade, Trails and Treasures"

Program berskala besar ini menyaksikan kampus sekolah tersebut bertransformasi menjadi laluan perdagangan antarabangsa, merangkumi 17 gerai tamadun yang diinspirasikan daripada sejarah Laluan Sutera, dari dinasti China dan estet rempah India, bazar Timur Tengah, sehinggalah ke pusat kebudayaan Eropah seperti Andalusia.

Berbeza dengan pembelajaran tradisional yang berpaksikan hafalan fakta, pameran ini menuntut pelajar memainkan peranan sebagai pedagang, usahawan, ahli sejarah, dan penggiat seni. Setiap gerai berfungsi sebagai sebuah entiti perniagaan kecil di mana pengunjung menggunakan kupon khas untuk berinteraksi dan berurusan dengan "pedagang" pelajar.

SAYS.com
Image via IDRISSI School
SAYS.com
Image via IDRISSI School

Pengetua IDRISSI Bukit Jelutong, Nuramalina Sapawi, menegaskan bahawa pendedahan ini merupakan anjakan paradigma sekolah ke arah pembelajaran berasaskan praktikal.

"Apa yang anda lihat hari ini ialah tahap pemikiran kritis dan keyakinan diri yang luar biasa. Pelajar bukan sekadar menghafal sejarah, tetapi mereka menghidupkan sendiri proses pertukaran ekonomi dan budaya yang membentuk dunia moden," ujar beliau.

Persembahan kebudayaan dan pemakaian busana tradisional

Satu pencapaian yang membanggakan ialah hampir 80 peratus daripada struktur dan bahan gerai dihasilkan menggunakan bahan kitar semula. Inisiatif ini selari dengan nilai Eco-Islamic yang menjadi teras Sekolah Antarabangsa IDRISSI dalam memupuk kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar.

Keunikan pameran ini turut diperkukuh dengan persembahan kebudayaan dan pemakaian busana tradisional, yang memberikan pengalaman imersif setanding dengan pameran inovasi di peringkat universiti.

SAYS.com
Image via IDRISSI School
SAYS.com
Image via IDRISSI School

Ditubuhkan pada tahun 2015, IDRISSI merupakan Sekolah Antarabangsa Eko-Islamik pertama di Malaysia. Kini mempunyai tiga kampus utama di Setia Alam, Bukit Jelutong dan Johor Bahru. IDRISSI komited menyediakan persekitaran pembelajaran yang akrab (purata 20 pelajar sekelas) dengan menyepadukan kesedaran alam sekitar serta nilai-nilai Islam dalam kurikulum Cambridge.

Melalui program seperti "Silk Road Secrets", IDRISSI terus membuktikan komitmennya dalam melahirkan pemimpin masa depan yang bukan sahaja cemerlang akademik, malah mempunyai kemahiran komunikasi dan keusahawanan yang tinggi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
MOST READ
0

Category of interest