Pelajar Perempuan Tingkatan Empat Ditangkap Berkhalwat Di Hotel Oleh JAINJ

Pelajar tersebut ditemui bersama seorang lelaki bujang yang bekerja di sebuah kilang.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang pelajar Tingkatan Empat ditangkap berkhalwat bersama lelaki berusia 20-an di sebuah hotel di Kulai, Johor awal pagi tadi dalam operasi penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ)

Menerusi sebuah hantaran Penguat kuasa JAINJ di laman Facebook mereka, pelajar berusia 16 tahun itu difahamkan masih bersekolah menengah di luar daerah tersebut manakala pasangannya merupakan seorang lelaki bujang yang bekerja di sebuah kilang.

"Pasangan ini amat mengejutkan kerana membabitkan pelajar sekolah. Ketika operasi, lelaki terbabit terkejut melihat lima penguat kuasa JAINJ, malah pada mulanya hanya membuka sedikit pintu.

"Pemeriksaan penguat kuasa menemukan pelajar itu dalam bilik hotel berkenaan," menurut JAINJ.

Difahamkan, ibu bapa pelajar itu sudah dimaklumkan untuk proses jaminan.

SAYS.com
Image via FacebookImage via

Penahanan turut melibatkan beberapa pasangan warga asing

Operasi yang dijalankan bermula 10 malam semalam hingga 3 pagi tadi turut menahan dua lagi pasangan warga asing kerana kesalahan sama.

"Pasangan kedua membabitkan lelaki warga Indonesia berusia 30-an yang bekerja di sebuah kilang, bersama wanita senegara yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan pekerja kantin.

"Manakala pasangan ketiga membabitkan warga Myanmar dalam lingkungan umur 30-an, lelaki bekerja sebagai pengawal keselamatan, manakala pasangannya bekerja di kilang di Senai," katanya.

Pihak JAINJ menasihatkan ibu bapa, pelajar serta masyarakat supaya lebih peka terhadap cabaran gejala sosial yang semakin membimbangkan terutama melibatkan generasi muda.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: