Pelajar Kembar MCKK Raih Anugerah 'Special Awards' & Hadiah RM21K Di Amerika Syarikat
Malaysia boleh!
Cover image via Saarani Mohamad (Facebook)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dua pelajar kembar tingkatan tiga dari Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) mencipta sejarah apabila pasukan inovasi mereka memperoleh penghormatan mewakili Malaysia di Pameran Sains dan Kejuruteraan Antarabangsa Regeneron (ISEF) 2025 baru-baru ini
Difahamkan, pertandingan inovasi berprestij ini berlangsung dari 10 hingga 16 Mei 2025, di Columbus, Ohio, Amerika Syarikat.
Dua pelajar yang juga kembar mewakili pertandingan berkenaan, Anas Rayyan Shaifuddin dan Amir Rayyan Shaifuddin telah mengharumkan nama negara selepas berjaya membawa pulang anugerah Special Awards by Oracle Academy bagi kategori System Software dan menerima hadiah kemenangan berjumlah 5,000 USD (RM21,197).
Image via Saarani Mohamad (Facebook)
Image via Saarani Mohamad (Facebook)
Cipta aplikasi bagi menangani krisis pembaziran barangan runcit
Menerusi sumber, pasangan kembar itu telah mempersembahkan 'Last Chance Groceries', sebuah aplikasi mudah alih inovatif yang direka untuk menangani isu pembaziran barangan runcit dalam kalangan rakyat Malaysia.
Aplikasi ini menghubungkan pengguna dengan lebihan barangan runcit yang hampir tamat tempoh pada harga diskaun, di samping memudahkan pendermaan makanan dan menyokong inisiatif kitar semula.
Dengan tawaran diskaun, para pengguna dapat membeli barangan runcit dengan harga yang berpatutan dan dalam masa yang sama dapat menangani pembaziran.
Siapa sangka, dengan penghasilan aplikasi ini telah berjaya menarik perhatian juri dan sekali gus dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan itu.
Image via Saarani Mohamad (Facebook)
Untuk makluman anda, dari 10 hingga 16 Mei 2025, pelajar STEM terkemuka dari seluruh dunia akan berkumpul di Columbus, Ohio, untuk Pameran Sains dan Kejuruteraan Antarabangsa Regeneron (ISEF).
Pertandingan penyelidikan STEM antarabangsa terbesar dan paling berprestij di dunia khas untuk pelajar sekolah menengah. ISEF menghimpunkan lebih daripada 1,600 inovator muda yang cemerlang dari lebih 75 negara setiap tahun, menyediakan platform untuk pelajar membentangkan penyelidikan asli dan bersaing dengan hadiah hampir USD 9 juta, biasiswa dan latihan amali merentas 22 disiplin STEM.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik

