Pekerja Menang Kes Mahkamah, Dapat Pampasan RM1.4 Juta Selepas Majikan Pecat Tanpa Alasan
Ang mendakwa beliau dipecat pada 18 Jun 2022 tanpa sebarang alasan diberikan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang bekas pengurus besar syarikat dianugerahkan hampir RM1.4 juta pampasan selepas majikannya gagal hadir ke perbicaraan di Mahkamah Perusahaan
Ia kerana untuk mempertahankan tuntutan pemecatan tidak adil.
Menerusi laporan daripada Free Malaysia Today, pengerusi mahkamah Augustine Anthony memutuskan Ang Chin Gaik hanya berhak menerima gaji tertunggak selama 20 bulan kerana beliau belum berkhidmat selama setahun penuh dengan WV Services Malaysia Sdn Bhd.
Disebabkan itu, mahkamah tidak dapat menganugerahkan pampasan sebagai ganti pemulihan jawatan.
Difahamkan, Ang menerima gaji bulanan terakhir sebanyak RM68,836.11, bernasib baik kerana syarikat itu menganggapnya sebagai pekerja tetap dan bukan dalam tempoh percubaan.
Mahkamah juga telah mengarahkan pembayaran gaji tertunggak selama 20 bulan berjumlah RM1,380,722.20, termasuk elaun bulanan RM200.
Syarikat tidak mengemukakan sebarang bukti untuk dipertimbangkan mahkamah
Bukan hanya tidak hadir dalam perbicaraan, syarikat tersebut, yang merupakan penganjur acara, latihan dan persidangan, juga gagal mengemukakan sebarang hujahan dalam kes ini.
"Selepas berpuas hati bahawa syarikat tidak hadir di mahkamah meskipun dimaklumkan tarikh perbicaraan, mahkamah meneruskan kes dengan memanggil penuntut untuk menyatakan kesnya bagi memastikan penyelesaian yang cepat seperti yang dibenarkan di bawah Kaedah-Kaedah Mahkamah Perusahaan 1967," kata Anthony.
Menurut beliau, disebabkan syarikat tidak mengemukakan sebarang bukti untuk dipertimbangkan mahkamah, ia menyebabkan bukti dikemukakan Ang tidak dicabar sama sekali.
Terdahulu, Ang mendakwa beliau dipecat pada 18 Jun 2022 tanpa sebarang alasan diberikan.
Difahamkan, beliau mula bekerja sebagai pengarah syarikat pada 11 Dis 2015 dan ditawarkan jawatan sebagai pengurus besar pada 1 Mei 2016.
Namun, syarikat itu menamatkan perkhidmatannya sebagai pengurus besar pada 4 Dis 2020. Tetapi, beliau kekal sebagai pengarah tanpa gaji.
Bagaimanapun, pada 15 Nov 2021, Ang sekali lagi dilantik sebagai pengurus besar tetapi dipecat pada 18 Jun 2022, selepas hanya tujuh bulan berkhidmat.
Anthony memberitahu peguam syarikat menarik diri daripada mewakili WV Services pada 6 Ogos tahun lalu, dan tiada peguam lain dilantik bagi perbicaraan yang bermula pada 25 Nov tahun lalu.
Ang diwakili peguam Muhendaran Suppiah dan Carmelia Yong, telah mendakwa syarikat itu melanggar prinsip keadilan semula jadi dan mengamalkan ketidakadilan dalam hubungan majikan-pekerja, serta menindasnya.
Tambahnya, syarikat berkenaan turut menafikan haknya sebagai pekerja sehingga umur persaraan.
Muhendaran berkata beliau menerima arahan daripada Ang untuk memfailkan tindakan bagi ketidakpatuhan terhadap perintah mahkamah sekiranya majikan gagal membayar pampasan dalam tempoh 30 hari bermula dari 3 Mac.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via 