Pecah Rekod Terima 10.6 Juta Pelancong, Ini Senarai Top 10 Negara Pengunjung Datang Ke Malaysia

Jumlah tersebut telah berjaya direkodkan pada suku pertama tahun ini.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru sahaja sampai suku pertama tahun 2026, Malaysia telah berjaya memecahkan rekod jumlah pelancong yang hadir iaitu 10.6 juta

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing memaklumkan Malaysia telah menerima 10,647,200 pelawat dari Januari hingga Mac, jumlah yang menunjukkan peningkatan 5.4% berbanding tahun lepas pada tempoh yang sama.

Menurutnya, Malaysia tidak pernah melepasi 10 juta pengunjung sebelum pandemik Covid-19 dan kini telahpun berjaya mencapai rekod baharu 10 juta pelancong dalam tempoh 3 bulan sahaja.

Beiau berkata, prestasi suku pertama ini adalah sangat memberangsangkan dan berharap pertumbuhan ini juga disokong oleh sambungan antarabangsa yang kian meluas.

SAYS.com
Image via New Straits Times

Top 10 negara pengunjung yang melawat Malaysia pada suku pertama 2026 adalah seperti berikut:

  1. Singapura
  2. China
  3. Indonesia
  4. Thailand
  5. Brunei
  6. India
  7. Korea Selatan
  8. Filipina
  9. Australia
  10. United Kingdom
SAYS.com

Perbandingan jumlah top 10 negara pengunjung antara suku tahun pertama 2025 dan 2026.

Image via SAYS

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik