Pasport Malaysia Tangga Ke-10 Paling Berkuasa Di Dunia, Akses Ke 180 Negara Tanpa Visa!

Jadi pemegang passport Malaysia harap lebih berhati-hati kerana dilaporkan pasport kita menjadi rebutan pencuri.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Travel Holic
Logo

Berita gembira untuk semua para pengembara Malaysia!

Pasport Malaysia berada di tangga kedua di Asia Tenggara dari segi kebebasan melakukan perjalanan tanpa visa ke 180 negara.

Menurut hasil dapatan Indeks Sekatan Visa Henley & Partners 2018, Singapura menduduki tangga teratas dengan akses ke 189 negara manakala Brunei Darussalam di kedudukan ketiga dengan 165 negara.

Jepun mengetepikan Singapura untuk mengungguli kedudukan teratas dalam Indeks Pasport Henley 2018, sekali gus dinobatkan sebagai negara dengan pasport paling berkuasa di dunia yang menerima perjalanan Visa Bebas dan Visa Ketibaan di 190 buah negara.

Indeks Pasport Henley merupakan indeks kedudukan pasport serata dunia mengikut bilangan negara yang boleh dikunjungi oleh pemegangnya secara Visa Bebas dan Visa Ketibaan.

Kedudukan ini adalah berdasarkan data yang diperoleh daripada Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) dan kajian dalaman.

Image via Kuaby

Jadi pemegang pasport Malaysia harap lebih berhati-hati kerana dilaporkan pasport kita menjadi rebutan pencopet!

Sebanyak 77,945 pasport antarabangsa Malaysia dilaporkan dicuri atau hilang bagi tempoh antara Januari hingga November tahun 2017 yang bersamaan 233 kes kehilangan dokumen itu setiap hari.

Menurut laporan akhbar Utusan, nilai pasport Malaysia kini dikatakan boleh mencecah sehingga RM250,000.

Image via Google

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Tahu tak kebaya Malaysia Airlines disenarai antara seragam tercantik di dunia!

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: