Pasangan Dari China Jadikan Nasi Lemak Sebagai Menu Utama Majlis Perkahwinan Mereka
Makanan Malaysia mendunia!
Cover image via @secretflavorshanghai (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Malaysia merupakan negara yang berbilang kaum dan mempunyai banyak makanan tradisional yang lazat
Jadi, tidak hairanlah mengapa ramai pelacong memilih Malaysia sebagai destinasi percutian pilihan mereka.
Malah, ada juga yang kita boleh lihat di media sosial tentang keterujaan mereka merasai sendiri makanan Malaysia. Sampai ada yang jatuh cinta dengan keenakkannya.
Namun, baru-baru ini seorang individu berkongsi pengalamannya ketika menghadiri majlis perkahwinan di China yang memilih hidangan Malaysia sebagai menu di majlis tersebut.
Image via @secretflavorshanghai (TikTok)
Pilih hidangan Malaysia sebagai juadah di majlis perkahwinan
Menerusi video di akaun TikTok @secretflavorshanghai, kelihatan seorang lelaki yang juga merupakan seorang chef berkongsi tentang suasana ketika berada di sebuah majlis perkahwinan di Shanghai, China.
Difahamkan, dia juga mempunyai sebuah restoran masakan Melayu di Shanghai. Di dalam video itu, dia memberitahu dia telah menerima pesanan untuk menyediakan hidangan makanan Melayu untuk majlis perkahwinan pasangan warganegara tersebut.
Menurutnya, pasangan itu telah memilih hidangan masakan Melayu seperti nasi lemak, sate, kuih-muih, teh tarik dan banyak lagi lauk lain sebagai hidangan di majlis perkahwinan mereka.
"Orang China kahwin pun nak makan makanan Malaysia," katanya.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik

