“Harap Masuk AJL” – Lagu Rap Parodi ‘Menganjing’ Da’i Farhan Ni Aura Dia MasyaAllah Lawak!

Serius lagu 'Aura Dia Masyaallah' ini catchy gila weh!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Instagram @daifarhan
Logo

Semenjak dua menjak ini, tidak dapat dinafikan kontroversi rumah tangga Da'i Farhan memang hangat diperkatakan di media massa

Macam-macam cerita dan kontroversi yang menyelubungi kehidupan rumah tangga Da'i Farhan yang ternyata telah menaikkan kemarahan orang ramai kerana pendakwah itu telah menceraikan isterinya yang sedang sarat mengandung dan berkahwin dengan isteri baru, seorang janda beranak lapan.

Belum reda dengan kes cerai terhadap bekas isterinya, Da'i Farhan atau nama penuhnya Nik Ahmad Farhan bin Nik Mohamad, sekali lagi telah menjadi bualan hangat warganet gara-gara berkata jika di Tanah Arab, lelaki yang beristeri satu dianggap 'low class', dalam satu temu bual.

Lihat sedutan temu bual tersebut di bawah:

Da'i Farhan bersama isteri keduanya, Noorainul Naqim Mohd Radzi.

Image via Instagram @daifarhan

Da'i Farhan bersama isteri pertama, Fatin Nurul Ain Mat Aris.

Image via Instagram @daifarhan

Susulan dari kontroversi yang melanda Da'i Farhan ini, sebuah lagu parodi rap telah tular di laman sosial seolah-olah 'menganjing' pendakwah bebas itu.

Baru-baru ini seorang pengguna Twitter, @tiulakitum telah memuat naik video lirik lagu berjudul Aura Dia Masyaallah di laman sosial tersebut

Menerusi hasil tinjaun di laman Twitter juga, lagu tersebut merupakan hasil ciptaan seorang lelaki bernama Muhammad Hafidz yang sebelum ini pernah menghasilkan lagu-lagu rap parodi.

Dengar lagu penuh tersebut di bawah:

Ternyata lagu tersebut telah berjaya menarik perhatian warganet yang mana rata-rata merasakan ianya catchy dan sedap didengari!

Antara komen menarik dari warganet:

Jujur cakap, penulis pun dah addicted dengan lagu ini.

Aura lagu ini, Masyaallah.

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel berkaitan di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: