Parkir Dipenuhi Kenderaan Rosak & Usang Menyusahkan Penduduk Di Kawasan Pangsapuri
Difahamkan, pangsapuri tersebut mempunyai tujuh blok dengan setiap satu terdapat antara 100 ke 108 unit rumah dengan 90 peratus daripadanya diduduki tanpa had parkir.
Cover image via Harian MetroFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kenderaan usang dan rosak yang diletakkan di parkir kenderaan telah mendatangkan banyak masalah bagi penduduk terutamanya mereka yang tinggal di kediaman pangsapuri dan flat
Menerusi laporan Harian Metro, itulah isu yang sekian lama dihadapi oleh penduduk-penduduk di kawasan perumahan Pangsapuri Seksyen 7, Shah Alam, mendatangkan pelbagai masalah seperti kekurangan tempat letak kenderaan, menjadi tempat tumpuan haiwan berbisa dan terpaksa parkir jauh di bahu jalan sehingga menimbulkan masalah laluan keluar masuk menjadi sempit.
Menurut Pengerusi Persatuan Penduduk Pangsapuri Seksyen 7, Sahrum Ayumi Yusoff berkata penduduk di lebih daripada 50 blok pangsapuri terkesan dengan masalah ini terutamanya di Pangsapuri Nilam Sari yang dikesan mempunyai kenderan tersadai lebih daripada lima tahun.
"Di kawasan Pangsapuri Nilam Sari saja, terdapat lebih 100 kenderaan rosak, tersadai dan ditinggalkan begitu sahaja, sama ada kereta, motosikal dan van, yang kebanyakannya diletakkan di petak parkir.
"Semua kemungkinan ada, sama ada ia milik penduduk masih menghuni, ditinggalkan penduduk yang berpindah atau sengaja ditinggalkan. Ada juga penghuni beli kereta lain, jadi kereta lama terbiar di parkir.
"Selain itu kita mengesan ada pemilik sudah meninggal dunia, dengan kenderaan dijadikan tempat simpan barang atau stor pemilik," katanya.
Image via Harian Metro
Pemilik kenderaan hanya bertindak mengalihkan kenderaan di blok lain selepas ditegur
Pihak mereka turut pernah berjumpa dengan individu yang tidak bertanggungjawab meninggalkan kenderaan tersebut tetapi tindakan yang dilakukan adalah hanya mengalihkan kenderaan tersebut ke blok lain sekali gus memberi masalah ke kawasan lain pula.
"Ada yang dakwa sayang kereta lama walaupun sudah rosak dan tidak digunakan, sedangkan dia sudah mengambil hak pengguna lain yang memerlukan petak parkir.
"Malah masalah parkir boleh menjadi punca gaduh disebabkan orang akan double park dan menghalang kenderaan yang mahu keluar cepat terutama ke tempat kerja.
"Setiap rumah pula rata-rata mempunyai sekurang-kurangnya dua hingga tiga kenderaan manakala rumah bujang kebanyakannya empat hingga lima kenderaan, jadi sudah tentu parkir tidak cukup," katanya.
Terdapat juga kenderaan yang ditinggalkan menjadi tempat menyimpan barang pemilik selain kerangka motosikal usang dan terbiar didakwa ditinggalkan penyewa penuntut institut pengajian tinggi yang tamat pengajian.
Image via Harian Metro
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik

