Park & Ride Rawang Kini Dibuka, Ini Senarai Kadar Caj Parkir Yang Dikenakan
Orang ramai dapat menikmati parkir percuma sehingga 15 Februari ini sempena pembukaannya.
Cover image via Railway Assets CorporationFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tempat letak kenderaan bertingkat di stesen KTMB Rawang kini dibuka untuk kegunaan orang ramai
Menerusi sebuah pengumuman Railway Assets Corporation di Facebook, orang ramai kini boleh menggunakan parkir bertingkat Park & Ride Rawang bermula hari ini, 9 Februari 2026.
Sempena pembukaannya, orang ramai dapat memanfaatkan fasiliti ini secara percuma untuk seminggu sehingga 15 Februari ini.
Bermula 16 Februari*, operasi caj parkir akan dimulakan dengan pengoperasian adalah secara tanpa tunai.
*Tertakluk kepada perubahan
Berikut adalah caj yang akan dikenakan:

Penggunaan Kad Touch 'n Go dan kad Visa boleh digunakan untuk kaedah bayaran dengan baki minimum Touch 'n Go yang diperlukan adalah RM10.
Untuk maklumat lanjut, hubungi emel di [email protected] atau layari laman web www.rac.gov.my.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



