Nyanyian ‘Belaian Jiwa’ Oleh Oppa Sensasi, Park Bo Gum Buat Gadis Cair & Diserang Histeria

Lemah lutut.

Enlarge text
Cover ImageCover image via mrs hemmings / YouTube
Logo

Lagu 'Belaian Jiwa' boleh dikira sebagai salah satu lagu paling evergreen dalam industri muzik Malaysia

Tidak kira Melayu, Cina atau India, majoriti rakyat Malaysia pasti tahu mendendangkan lagu legenda ini dan menghafal setiap bait lirik dari mula sehingga habis.

Lagu dendangan Innuendo yang diterbitkan pada tahun 1997 ini masih segar dan tidak mungkin lapuk dengan peredaran zaman. Aura yang dibawa oleh lagu ini sememangnya 'berhantu'.

Terbaru, lagu ini turut dinyanyikan oleh oppa sensasi Korea, Park Bo Gum dalam jelajah Park Bo Gum Asia Tour di Kuala Lumpur pada Sabtu, 30 Mac 2019

Kalau setakat orang Malaysia menghafal lagu Korea, itu sudah menjadi kebiasaan. Tetapi orang Korea menyanyikan lagu Melayu merupakan sesuatu yang sangat jarang kita lihat.

Siapa sangka seorang bintang Korea boleh menyanyikan lagu Belaian Jiwa dengan baik sekali. Setiap butiran perkataan berjaya disebut dengan sangat lancar oleh Park Bo Gum, tanpa kedengaran sebarang pelat.

Image via null

Nyanyian merdu Park Bo Gum ini ternyata berjaya menambat hati para peminatnya yang hadir ke acara fan meet tersebut. Lihat nyanyian penuh beliau di bawah:

Ramai yang kagum dan menghargai usaha Park Bo Gum dalam menyanyikan lagu tersebut semata-mata untuk menghiburkan peminat setianya di Malaysia:

Park Bo Gum berharap untuk bertemu lagi dengan paminatnya di Malaysia pada masa akan datang:

Cayalah oppa!

Image via null

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Adakah bahasa Malaysia semakin mendapat tempat di hati oppa-oppa?

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: