Papan Tanda ‘Kthxbye’ Di Melaka Diarah Tukar, Kini Dah Bertukar Wajah

"Macam bahasa budak WeChat." – Netizen.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Melaka Kini
Logo

Minggu lepas, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengarah untuk menurunkan papan iklan gergasi yang memaparkan perkataan singkatan bahasa Inggeris, 'KTHXBYE'

Memetik laporan Berita Harian, papan tanda itu dipasang pada jejantas di laluan utama, Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), berhampiran Masjid Al-Azim, Peringgit.

Datuk Bandar Melaka Bandaraya Bersejarah, Mansor Sudin, berkata pihak Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengeluarkan arahan itu berkuat kuasa serta-merta pada Jumaat, 10 Mei 2019.

Image via Melaka Kini

Perkataan 'Kthxbye' itu adalah satu singkatan popular yang diguna meluas oleh generasi Internet masa kini yang memberi maksud 'okay, thank you, goodbye'

Ini bukanlah kali pertama Mamee Monster menggunakan singkatan 'Kthxbye' tersebut. Mereka pernah menggunakannya pada 14 Mac 2019 lalu ketika Facebook gagal beroperasi seluruh dunia.

Mansor Sudin berkata iklan sebegitu tidak boleh digunakan

"Tidak boleh iklan begitu. Sudah diarah diturunkan (papan iklan) serta-merta," katanya ketika dihubungi NSTP.

Tindakan itu mendapat kecaman netizen dan meninggalkan komen, antaranya bahasa hanya difahami oleh pengguna 'WeChat', yang didakwa merosakkan bahasa kebangsaan.

Image via null

Keesokan harinya, papan iklan itu sudah berwajah baru

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: