*Alhamdulillah, ketika itu jugalah Allah swt lahirkan ilham dalam benak kepala saya. Pernah terbaca atau terdengar orang bercerita.
Saya menoleh ke arah Kakak dan memulakan perbualan dengan satu soalan, "Kakak tahu sudu dibuat daripada apa?"
"Steel!" jawab Kakak.
"Oh, no! I don't know, besi kot," sambung Kakak.
Sambil senyum kepadanya, saya memberi jawapan, "It can be both, steel or besi. But let say besi.. Senang Papa nak cerita."
"Ok, besi!" sahut Kakak, bersekali dengan Adik yang turut nak mendengar cerita.
"Apabila kita jatuhkan sudu yang diperbuat daripada besi, apa jadi?"
"Jatuh!" jawab Adik.
Kakak mengangguk sambil berkata, "Yes, the spoon falls down."
"Betul, you got it right, Kakak and Adik. Sudu besi jatuh ke lantai apabila kita lepaskan," sambung saya.
"Do you remember the aeroplanes?" soal saya lagi.
Kedua-duanya mengangguk bersungguh-sungguh. Sebelum ini setiap tahun sekurang-kurangnya 6 kali Kakak dan Adik naik kapal terbang ulang-alik Australia-Malaysia. Mana mungkin tak ingat.
"Do you know from what an aeroplane is made of? Ha… Kapal terbang dibuat daripada apa?" tanya saya. Saya memang mengamalkan cara sebegini. Kalau bercakap ringkas, saya sebut ayat Bahasa Melayu dan ayat Bahasa Inggeris. Dua kali cakap benda sama tapi bahasa berlainan. Dwibahasa, dengan harapan anak-anak dapat kuasai kedua-dua bahasa. Setakat ini, alhamdulillah, hasilnya bagus.
"Besi!" jerit Kakak.*