Pantai Teluk Kalong Dicemari Sisa Arang Batu, Pengunjung Dinasihat Tidak Lakukan Aktiviti Air

Difahamkan, dua lagi pantai berhampiran turut dicemari sisa arang batu

Enlarge text
Cover ImageCover image via Bernama
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pantai Teluk Kalong di Kemaman, Terengganu tercemar selepas dipenuhi sisa arang batu dipercayai berpunca daripada kemalangan sebuah tongkang berhampiran kawasan itu

Menerusi laporan Berita Harian, insiden itu disyaki berlaku selepas tongkang yang membawa muatan arang batu hanyut sebelum terlanggar batu berhampiran pantai berkenaan, menyebabkan bahan terbabit tersebar dan mencemari sepanjang pantai.

Peniaga berhampiran pantai, Ahmad Firdaus Che Yahaya, 43, berkata dia menyedari keadaan sebuah tongkang yang sudah senget berhampiran batu di kawasan itu pada Khamis lalu.

Katanya, ketika itu terdapat tompokan hitam di permukaan air laut dalam jarak beberapa meter dari darat, namun dia tidak menyangka ia adalah arang batu.

"Beberapa pengunjung yang datang ke gerai saya memaklumkan badan mereka berasa gatal selepas mandi di pantai ini dan pada mulanya saya anggap ia perkara biasa.

"Namun, dua hari kemudian, tompokan hitam itu semakin banyak dan memenuhi kawasan pantai sebelum saya menyedari ia sebenarnya arang batu," katanya.

SAYS.com
Image via Bernama

Tindakan segera membersihkan pantai dijangka berjalan

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu, Datuk Razali Idris, berkata pihaknya telah mengarahkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Laut Malaysia menjalankan siasatan serta mengambil tindakan segera bagi membersihkan pantai terbabit.

Beliau berkata, langkah pembersihan perlu disegerakan berikutan Pantai Teluk Kalong adalah lokasi tumpuan pengunjung, khususnya pada musim cuti.

"Saya mendapati bukan hanya Pantai Teluk Kalong terjejas, malah dua lagi pantai berhampiran iaitu Pantai Telaga Simpul dan Pantai Senanjang turut dicemari sisa arang batu," katanya.

Dalam perkembangan sama, Pengarah JAS Terengganu, Hamzah Mohamad, meminta orang ramai agar tidak bimbang kerana arang batu terbabit bukan bahan buangan berjadual dan tidak memberi kesan serius terhadap alam sekitar.

Menurutnya, pihak JAS telah mengadakan perbincangan dengan wakil pemilik tongkang berkenaan, termasuk berkaitan kerja-kerja pembersihan pantai.

"Pemantauan turut dijalankan terhadap sisa arang batu yang terdapat di dasar laut di kawasan terjejas," katanya.

SAYS.com

Razali meninjau bahan pepejal berwarna hitam, dipercayai arang batu, yang terdampar di Pantai Teluk Kalong.

Image via Bernama

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: