Berdiri Teguh Selama 83 Tahun, Akhirnya Panggung Odeon Sah Bakal Dirobohkan

Selamat tinggal Odeon.

Enlarge text
Logo

Pada 2017, pusat beli-belah pertama di Malaysia, Ampang Park terpaksa dirobohkan selepas berdiri megah selama 44 tahun untuk memberi laluan kepada projek MRT

Perobohan itu memberi laluan kepada projek bawah tanah yang menghubungkan stesen LRT Ampang Park ke stesen MRT Ampang Park baru yang sedang dibina di sebelahnya.

Image via null

Dan kini, Panggung Odeon bakal menerima nasib yang sama

Cuma yang berbeza kali ini ialah Panggung Odeon bakal digantikan dengan pembinaan servis apartment dan bangunan perniagaan bertingkat.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah meluluskan usul projek baru dan sedang dalam proses mengeluarkan development order.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata sebahagian daripada binaan baru akan mengekalkan fasad asalnya

"Ada permintaan bahawa sebahagian bangunan dengan ciri-ciri seni bina lama dikekalkan dalam reka bentuk baru.

"Kita tidak boleh menghentikan pembangunan kerana ia adalah bangunan swasta," kata Nor Hisham.

Badan Warisan Malaysia, pertubuhan bukan kerajaan yang berkaitan dengan pemuliharaan warisan negara berkata bahawa mereka tidak menghalang pembangunan tetapi pemaju harus mengekalkan ciri bangunan asal.

Odeon Residency Kuala Lumpur bakal dibina di tapak Panggung Odeon

Image via null

Panggung Odeon telah beroperasi selama 83 tahun dan dibuka secara rasmi pada 6 Ogos 1936

Image via null

Lokasi ikonik ini begitu popular sebagai tempat warga kota menghabiskan masa menyaksikan filem-filem Melayu dan Tamil di bawah pengurusan Kumpulan Pawagam Iswaria dan Antena Entertains, terutamanya pada era 70-an dan 80-an.

Pada tahun 1981, Panggung Odeon dipilih sebagai lokasi utama untuk orang ramai menonton filem Melayu paling mahal pada ketika itu, Bukit Kepong yang diarahkan dan dibintangi oleh Jins Shamsudin.

Image via null

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca tentang Ampark Park di bawah:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: