Sempena Raya, Siapa Di Kalangan Saudara Yang Kita Boleh Dan Tak Boleh Salam?
Kami pasti ramai yang tak ingat malah ada juga yang tak pernah tahu.
Cover image via KemenagPesanan ini telah diperoleh melalui perkongsian di WhatsApp dan kemudian diedit dan diterbitkan oleh SAYS Seismik untuk para pembaca kami.
Nak dekat Hari Raya ni, moh kita saling mengingati Bukan Mahram yang TAK BOLEH salam
Image via Kemenag
Panduan untuk lelaki:
1. Isteri kepada adik beradik bapa
Atau…makcik-makcik belah ayah kau.
Atau…pakcik-pakcik kau punya bini.
2. Isteri kepada adik beradik emak
Atau…makcik-makcik belah mak kau.
Atau…pakcik-pakcik kau punya bini.
3. Adik beradik perempuan bapa mentua
Atau…pak mentua kau punya adik beradik perempuan.
4. Adik beradik perempuan emak mentua
Atau…mak mentua kau punya adik beradik perempuan.
5. Anak perempuan kepada adik beradik isteri
Atau…isteri kau punya adik beradik, punya anak perempuan.
6. Kakak ipar
Atau…abang kau punya bini.
Rasanya yang ini semua pun boleh faham.
7. Adik ipar perempuan
Atau…adik lelaki kau punya bini.
Ok yang ini pun senang nak faham.
8. Sepupu perempuan
Atau…anak perempuan kepada makcik dan pakcik kau.
9. Sepupu ayah (perempuan)
Atau…ayah kau punya sepupu perempuan.
10. Sepupu emak (perempuan)
Atau…mak kau punya sepupu perempuan.
Ini dia carta 'siapa boleh salam, siapa tak boleh salam' untuk para lelaki supaya lebih senang nak ingat
Image via rebanitik.blogspot.com
Panduan untuk perempuan:
1. Suami kepada adik beradik bapa
Atau…makcik-makcik belah ayah kau punya suami.
2. Suami kepada adik beradik emak
Atau…makcik-makcik belah mak kau punya suami.
3. Adik beradik lelaki bapa mentua
Atau…pak mentua kau punya adik beradik lelaki.
4. Adik beradik lelaki emak mertua
Atau…mak mentua kau punya adik beradik lelaki.
5. Anak lelaki adik beradik suami
Atau…suami kau punya adik beradik, punya anak lelaki.
6. Abang ipar
Atau…kakak kau punya suami.
7. Adik ipar lelaki
Atau…adik perempuan kau punya suami.
8. Sepupu lelaki
Atau…anak lelaki kepada makcik dan pakcik kau.
9. Sepupu ayah (lelaki)
Atau…ayah kau punya sepupu lelaki.
10. Sepupu emak (lelaki)
Atau…mak kau punya sepupu lelaki.
Ini pula carta untuk perempuan. Boleh faham atau tak?
Image via rebanitik.blogspot.com
Ada yang tak tahu. Dan kadang-kadang kita terlupa. Nampak macam boleh tapi sebenarnya tak boleh.
Image via www.srigarden.edu.my
Haa..nampak cantik tapi tak boleh sentuh. Jangan buat-buat lupa. Haram. Ni dah tahu..minta-minta ler sampaikan kepada yang bernama saudara.
Tapi…janganlah ikut masa Raya je. Sebab benda ni valid dan kena amalkan sampai bila-bila. Jadi, renung-renungkan dan selamat beramal.

